Bolt Longgar, Tesla Tarik Balik 3,500 Kereta Model Y

tesla tarik balik kereta

Bolt Longgar, Tesla Tarik Balik 3,500 Kereta Model Y

Tesla dilaporkan menarik balik pengeluaran 3,470 kereta Model Y tahun 2022 dan 2023 susulan bolt pada bingkai belakang tempat duduk tidak dipasang dengan betul, lapor CNN.

Menurut laporan penarikan balik yang dikeluarkan pada akhir Februari, dianggarkan sebanyak 4 peratus kereta terjejas dengan kerosakan tersebut.

Difahamkan, bolt yang longgar akan menyebabkan tali pinggang keledar tidak berfungsi dengan baik ketika kemalangan berlaku.

Pentadbiran Lalu Lintas dan Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) berkata ia kemungkinan meningkatkan risiko kecederaan bagi penghuni yang duduk di tempat duduk baris kedua yang rosak itu.

Pada kenderaan Model Y, bingkai belakang tempat duduk pemandu baris kedua dan bahagian penumpang dipasang dengan empat bolt.

Namun semasa pengeluaran kereta Model Y tertentu, satu atau lebih bolt yang menahan bingkai belakang tempat duduk tersebut kemungkinan tidak dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pemilik juga boleh mengetahui sama ada kereta mereka terjejas atau tidak dengan hanya melihat rangka tempat duduk terbabit.

Sebanyak lima tuntutan jaminan ditemukan berhubung bolt sejak Disember lalu, tetapi tidak mengetahui sama ada ia adalah penyebab kepada kematian atau kecederaan seseorang.

BACA: “Selamat Datang Tesla,” TESLA Bakal Buka Ibu Pejabat Di Malaysia, MITI Luluskan Permohonan Import BEV

Bolt tempat duduk longgar, Tesla tarik balik kereta

Seorang pemandu di Fremont, California menemui bolt belakang tempat duduk keretanya rosak pada Disember lalu.

Perkara itu mengejutkan pihak Tesla kerana penyiasatan dan penilaian risiko ke atas model itu telah berakhir pada 17 Februari.

Penarikan balik telah dilakukan pada hari yang sama dimana aduan dibuat.

Sementara itu, pihak Tesla akan menjalankan pemeriksaan ke atas bolt yang longgar dan mengetatkannya jika perlu secara percuma.

Kemudian, surat pemberitahuan pemilik akan dihantar melalui pos.

Penarikan balik itu difailkan pada bulan yang sama Tesla menarik balik semua 363,000 kerana risiko keselamatan.

Penarikan semula itu memberikan tamparan yang besar kepada model perniagaan pembuat kenderaan itu.

NHTSA berkata berdasarkan analisisnya, ciri Full Self Driving Tesla membawa kepada risiko yang tidak munasabah kepada keselamatan kenderaan bermotor.

Tesla akan cuba memperbaiki ciri itu yang berharga RM67,000 melalui kemaskini perisian, tambah notis itu.

Sumber: CNN

The post Bolt Longgar, Tesla Tarik Balik 3,500 Kereta Model Y appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*