Bomba Bantu Keluarkan Monyet ‘Pecah Masuk’ Rumah Penduduk

monyet pecah masuk rumah

Bomba Bantu Keluarkan Monyet ‘Pecah Masuk’ Rumah Penduduk

Seekor monyet yang tersesat dalam sebuah rumah di Taman Gaya Merak, Selangor berjaya dikeluarkan anggota bomba.

Operasi berkenaan dipercayai telah dijalankan pada semalam bersamaan 13 Jun pada pukul 6.59 petang.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor menerusi satu hantaran di Facebook mereka pada hari ini telah berkongsikan perjalanan operasi tersebut.

Menurut perkongsian itu, seramai enam orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Operasi itu telah diketuai oleh Komander Operasi PBK II, Azizi Bin Tajuddin bersama Jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Setibanya pasukan itu di lokasi kejadian, mereka mendapati terdapat seekor monyet dewasa telah berada di dalam sebuah bilik rumah individu yang melaporkan kejadian terbabit.

Monyet tersebut berada di salah sebuah bilik rumah pemanggil

“Enam (6) orang pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor yang diketuai Komander Operasi PBK II Azizi Bin Tajudin dikejarkan ke lokasi. Ia termasuk Jentera Fire Rescue Tender (FRT).

“Setibanya di lokasi, kami mendapati benar terdapat seekor monyet dewasa berada di dalam bilik rumah pemanggil,” tulis muat naik hantaran tersebut.

Kredit Facebook

Tambah hantaran itu lagi, monyet tersebut berjaya ditangkap menggunakan penjerut sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Kredit Facebook

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Terdahulu, seorang lelaki yang memasuki kawasan hutan selama enam hari akibat tekanan kerja diselamatkan bomba setelah mangsa menghubungi talian kecemasan awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad pihak bomba menerima panggilan pada pukul 11.44 malam tadi. Mereka kemudian bergegas ke lokasi yang dimaklumkan mangsa.

Katanya Mohamad Suhairy Mohamed, 41, menaiki bas dari Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu menuju ke Terminal Amanjaya disebabkan tekanan di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk hidup di dalam hutan.

Bagaimanapun katanya, akibat lapar dan tersesat, mangsa mengambil keputusan menghubungi talian kecemasan 999 melalui telefon bimbitnya.

“Mangsa memakai baju berwarna oren, berseluar jeans biru dapat dihubungi melalui telefon tetapi tiada rangkaian Internet.

“Mangsa memasuki hutan melalui PPU TNB berhampiran Jabatan Audit Negara. Ketika sampai di lokasi kejadian, komander operasi telah menghubungi mangsa. Mangsa memaklumkan dia mendengar kehadiran jentera bomba dari dalam hutan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sumber: Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor/Facebook

The post Bomba Bantu Keluarkan Monyet ‘Pecah Masuk’ Rumah Penduduk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*