Lelaki takut bini upah tukang baiki biar telefon rosak

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dialami seorang tukang baiki telefon bimbit yang keliru kerana menerima sekeping nota daripada pelanggannya meminta dia tidak membaiki peranti itu dengan sempurna.

Ini bagi mengelakkan rahsia pelanggan tersebut daripada diketahui si isteri.

Menurut laman berita Merdeka, tukang baiki telefon bimbit itu berkongsi paparan imej yang menunjukkan nota diterima beserta wang sebanyak 150,000 rupiah (RM45) di bahagian dalam peranti tersebut.

Wang itu diberikan sebagai tanda terima kasih kerana melakukan seperti yang diminta pelanggan.

“Encik, tolong jangan baiki telefon bimbit ini dengan betul. Nanti isteri saya yang akan mengambil (telefon bimbit), dan dia akan periksa (telefon bimbit) dengan teliti,” demikian menurut pesanan pada nota itu.

Hantaran itu menjadi tular di laman Twitter dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Tukang baiki telefon jadi bingung. Ditolong berdosa, tidak ditolong pula, duit telah diberi namun tetap berdosa,” kata seorang pengguna.

“Bingung kalau saya yang jadi tukang servis,” kata seorang lagi netizen. – Agensi

BACA: Pasangan kekasih disambar petir ketika berdua-duaan di dalam khemah

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*