Syarikat Penerbangan Ini Mula Timbang Berat Penumpang Sebelum Berlepas

mula timbang berat penumpang

Syarikat Penerbangan Ini Mula Timbang Berat Penumpang Sebelum Berlepas

Syarikat penerbangan di Finland, Finnair, akan mula menimbang para penumpang bersama bagasi masing-masing sebelum penerbangan.

Menurut Daily Mail, peraturan baru itu bagi membantu syarikat penerbangan berkenaan membuat anggaran berat pesawat sebelum berlepas dengan lebih tepat.

Finnair dalam kenyataannya berkata, langkah berkenaan mula dilaksanakan sejak Isnin minggu lepas, melibatkan penumpang yang berlepas dari Helsinki.

“Setakat ini, lebih 500 penumpang secara sukarela mengambil bahagian dalam timbangan berat ini,” kata jurucakap Finnair, Kaisa Tikkanen.

Katanya lagi, tindakan menimbang berat pesawat, ruang dalaman dan penumpangnya bertujuan untuk menjadikan penerbangan lebih seimbang dan selamat untuk transit.

Syarikat penerbangan sebelum ini biasanya menggunakan data berat purata yang disediakan pihak berkuasa penerbangan iaitu 88kg setiap penumpang.

Selain itu, syarikat penerbangan juga mempunyai pilihan untuk mengumpul sendiri data berat setiap penumpangnya.

Finnair berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa semua data berat penumpang yang dikumpul tidak akan dipautkan kepada mana-mana data peribadi penumpang.

“Hanya ejen perkhidmatan pelanggan yang bekerja di tempat penimbang sahaja boleh melihat berat badan penumpang.

“Jadi, anda tidak perlu risau untuk mengambil bahagian dalam kajian ini,” kata Ketua Operasi Darat Finnair, Satu Munnukka.

Mula Timbang Berat Penumpang
Kredit Finnair

Penumpang akan ditimbang bersama bagasi yang dibawa

Menurut Daily Mail lagi, fokus Finnair bukan sahaja berat badan, ia termasuk berat bagasi yang dibawa oleh penumpang.

Pengarah Komunikasi syarikat itu, Päivyt Tallqvist berkata warga Finland cenderung untuk membawa bagasi yang berat pada musim sejuk. 

Antara pakaian yang dibawa pada musim ini termasuklah kot tebal yang berat.

“Ini adalah sebahagian daripada ciri keselamatan yang kami terapkan dalam organisasi.

“Kami mahu melihat sama ada data untuk pengiraan kami adalah tepat. Data itu digunakan untuk setiap penerbangan dan ia penting untuk prestasi pesawat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, peraturan terbaru yang diterapkan oleh syarikat tersebut turut mendapat kritikan hebat oleh pengguna media sosial.

Warga maya mempertikaikan peraturan itu dan mendakwa ia akan memalukan penumpang yang memiliki berat badan berlebihan.

Untuk maklumat, Finnair bukanlah syarikat penerbangan pertama yang mengukur berat penumpang mereka.

Ogos tahun lepas, syarikat penerbangan terbesar Korea iaitu Korea Air telah mengumumkan akan mula menimbang berat penumpang mereka.

Syarikat itu memaklumkan akan mula menimbang berat penumpang di Lapangan Terbang Gimpo bagi laluan domestik dan Lapangan Terbang Incheon bagi penerbangan antarabangsa.

Menurut Korea Air, langkah itu hanya untuk sementara iaitu dilaksanakan bermula Ogos dan berakhir pada September tahun yang sama.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Daily Mail

The post Syarikat Penerbangan Ini Mula Timbang Berat Penumpang Sebelum Berlepas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*