Pekerja Kesihatan Di AS Berdepan Krisis Kesihatan Mental – CDC

krisis kesihatan mental

Pekerja Kesihatan Di AS Berdepan Krisis Kesihatan Mental – CDC

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengeluarkan amaran mengenai krisis kesihatan mental dalam kalangan pekerja kesihatan di negara itu, lapor CNN.

Menggunakan data tinjauan seluruh negara antara tahun 2018 dan 2022, satu laporan dari agensi itu mendapati hampir sebahagian daripada pekerja kesihatan dilaporkan mengalami rasa letih pada 2022. Ia telah meningkat daripada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, laporan mengenai pekerja kesihatan yang diganggu di tempat kerja juga meningkat dua kali ganda.

Laporan yang dikeluarkan pada Selasa itu turut menunjukkan bahawa mereka menghadapi krisis kesihatan mental yang lebih teruk daripada pekerja dalam industri lain.

Hal itu didedahkan selepas kira-kira 75,000 pekerja kesihatan melakukan protes dan meluahkan  perasaan tidak puas hati mereka pada awal Oktober lalu.

Keletihan dan kekurangan kakitangan yang kronik menjadi antara perkara utama yang dikemukakan.

“Walaupun kebiasaannya pekerja kesihatan akan menjaga pesakitnya dengan baik, kini mereka pula yang sengsara dan kita harus bertindak,” kata Ketua Pegawai Perubatan CDC, Dr. Debra Houry.

Tambah Houry, sebelum pandemik bermula, tugas pekerja kesihatan amatlah mencabar.

Mereka mempunyai jadual yang tidak dapat diramalkan, pendedahan kepada penyakit berjangkit, dan interaksi yang sering mencabar dengan pesakit dan penjaga.

Tugas Mencabar Pekerja Kesihatan

Menurut Houry, pandemik Covid-19 telah menambahkan lagi cabaran di tempat kerja.

Mereka terpaksa merawat jumlah pesakit yang ramai, menghadapi kekurangan bekalan dan waktu kerja yang panjang.

Tekanan itu dikatakan telah meningkatkan komplikasi kesihatan mental.

Dalam satu soal selidik, 44 peratus pekerja kesihatan dilaporkan mahu pekerjaan yang baru. Ia meningkat dari 33 peratus pada tahun 2018.

Gangguan Di Tempat Kerja

Manakala, bilangan pekerja kesihatan yang mengalami gangguan di tempat kerja seperti terima ugutan, pembulian dan penderaan lisan oleh pesakit dan rakan sekerja telah meningkat dari 6 peratus ke 13 peratus dalam tempoh soal selidik.

Menurut laporan CDC, gangguan mempunyai impak yang tinggi untuk pekerja kesihatan.

Dalam pada itu, kajian mendapati pekerja yang mempercayai pengurusan mereka dan mendapat sokongan mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan tugas. Malah  kemungkinan untuk melaporkan rasa letih juga adalah rendah.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Tak Mahu Bebankan Pelanggan, Peniaga Jual Sate 40 Sen Secucuk 

The post Pekerja Kesihatan Di AS Berdepan Krisis Kesihatan Mental – CDC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*