‘Moto’ CC Besar & Sombong Atas Jalan, Kecelakaan Buat Abang Ni Tersedar, “Buanglah Ego”

lelaki pengalaman dunia permotoran

‘Moto’ CC Besar & Sombong Atas Jalan, Kecelakaan Buat Abang Ni Tersedar, “Buanglah Ego”

Setiap daripada kita pastinya pernah melalui zaman muda. Ketika di usia sebegini, kita cenderung untuk berhibur dan menjalani kehidupan dengan melakukan apa sahaja yang kita suka.

Antaranya berada di lebuhraya, menunggang motosikal keluar berkonvoi dan sebagainya. Lebih-lebih lagi sewaktu menunggang jentera dua tayar berkuasa tinggi.

Hari ini, kita sering disajikan dengan pelbagai kemalangan jalan raya melibatkan motosikal termasuk motosikal berkuasa tinggi. Apabila motosikal yang ditunggang berkuasa tinggi, semakin sedaplah minyak ‘dipulas’ yang bersamaan semakin laju juga jentera pergi.

Namun, risiko yang ada juga besar. Silap hari bulan, boleh bertukar tragedi dan berakhir dengan kematian. Seperti yang kita semua tahu, lebuhraya bukan kita punya. Kenderaan-kenderaan lain juga berada dan melalui jalan yang sama. Maka, peluang untuk berlaku kemalangan amatlah tinggi.

Manakala bagi penunggang motosikal pula, boleh dikatakan hanya bahagian kepada sahaja yang benar-benar dilindungi dengan topi kaledar. Apabila berlaku kecelakaan, anggota badan yang lain boleh terhumban di atas permukaan jalan yang keras tanpa sebarang perlindungan.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan pengalaman seorang lelaki yang pernah berkecimpung dalam dunia permotoran, Mohd Anshahrizat Aluhar. Semoga bermanfaat

Buang Ego!

Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Dalam menunggang elakkan diri dari sifat ego. Lebih-lebih lagi jika menunggang dengan jentera idaman. 

Dalam perjalanan pulang secara solo dari Penang ke Kota Tinggi menemui isteri dan anak-anak tempoh hari menaiki Y15, sedang saya berehat di sebuah pam minyak. Hadir sekumpulan kecil penunggang superbike.

BACA JUGA: Main Redah Je, Ini 7 Tips Penjagaan Motorsikal Wajib Ambil Tahu Pada Musim Hujan

Berselisih di pintu stesen. Saya cuba senyum dan angkat tangan tanda hormat antara kita penunggang. Tetapi tidak diendahkan. Iyalah, mungkin kita bawa jentera kecil. Tidak saing mereka. Saya duduk dan buka sajalah botol air mineral lalu diteguk airnya buat basahkan tekak.

Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Buat saya mengimbau kembali kenangan dulu. Saya pun seperti mereka. Sombong, ego kerana jentera kita.

Saya beri contoh dari diri sendiri buat pengajaran untuk semua. Buat semua penunggang solo mahupun berkumpulan. Tidak kira cc besar atau kecil.

Ya dahulu mahu dikatakan saya mampu dari semua aspek. Mahu superbike, beli. Selepas 3 ke 4 bulan bosan tukar saja lain. Dari kecil hingga ke 1000cc.

Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Macam biasa jiwa muda. Jiwa panas. Jiwa kelajuan. Dipandang pula oleh orang ramai semasa menunggang cc besar. Naik lagi saham. Kononnya!. Di lampu merah pun sama, semua kononnya terpesona dengan jentera luar biasa yang ditunggang. Bunyi meruntun jiwa. 

BACA JUGA: Kurangkan Risiko Kemalangan, 6 Tips Buat Penunggang Motosikal Ketika Dalam Hujan

Apabila di lebuhraya naik lagi ego di kepala. Sentiasa menggunakan lampu besar tanpa mengira silau pengguna lain. Baik siang atau malam. Kerap beri lampu tinggi dengan harapan mahu kenderaan ke tepi memberi laluan. 

Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Bila dihalang atau lambat memberi laluan pada kita, mulalah mahu baran. Marah-marah sambil beri isyarat jari. Pulas minyak kuat-kuat di tepi kereta tanda protes! Laju tiada perlahan. Seolah-olah hanya kita saja yang layak guna jalan. 

EGO

Di pam minyak, buat bising dengan bunyi jentera. Kadang terfikir juga, kenapa perlu dipulas minyak kuat-kuat? Tidaklah mati enjin itu. Hidupkan sajalah. Sebab ego. Kita seorang saja ada bunyi sistem ribuan ringgit.

EGO

Tanggal 24 Disember 2014. Allah jentik sekali berikan pengajaran. Kemalangan akibat melanggar lori siput di lebuhraya berhampiran Seremban.

Segala nikmat ditarik. Berbulan tidak mampu menggerakkan anggota badan. Emak dan isteri yang mandikan malahan membasuh najis.

Bukan nikmat kesihatan saja yang hilang, nikmat kewangan juga hancur. Satu-satu surat dari bank sampai. Akibat tidak mampu bekerja, kewangan keluarga turut menerima kesan.

Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Kawan-kawan superbike? Hmm, mungkin saya tersalah bercampur kawan. Tidak semua seperti mereka, ada juga yang prihatin. Cuma terkilan, kita yang selalu menghabiskan masa TT, ride kenduri kahwin orang, semua segala bagai ride kita ikut. Tinggal anak isteri, tapi bila kita sakit? Isteri peneman setia.

Hinggakan apabila sudah sihat, cuba bergaul semula tetapi tiada jentera lagi. Dihina sebegini, ” Takde motor jangan join kamilaaaaa.” Gurau mereka. 

BACA JUGA: Tayar ‘Sotong’ Jadi Pilihan, Apa Beza Dengan Tayar Kilang? Ini Penjelasan Pakar

Ya, memang nada bergurau tapi hati ini sakit. 

Ego lagi? Rendahkan sedikit ego kalian. Tidak kira apa jenis jentera kita bawa. Lebihkan masa buat keluarga. Bukan beli jiwa 2 3 jam namun hilang masa bersama keluarga berhari-hari. 

Gais, tidak kiralah berapa banyak pengalaman menunggang kita ada. Kecelakaan tetap menanti. 

lelaki pengalaman dunia permotoran
Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Kerana pengalaman lepas, saya memilih solo. Saya memilih cc rendah. Kerana kepuasan menunggang bukan dengan kelajuan semata-mata. Tetapi luas pemandangan yang dapat kita nikmati. Alhamdulillah kini, saya gabungkan minat saya bersama keluarga. 

Kemampuan kini semakin stabil selepas 10 tahun peristiwa hitam berlaku pada saya dan keluarga. Ianya bukan bernasib baik, tetapi PELUANG KEDUA yang Allah beri. 

lelaki pengalaman dunia permotoran
Gambar: FB Mohd Anshahrizat Aluhar

Semoga bermanfaat, 
Ride to jannah.

*Posting ini bukan menghina atau merendahkan seseorang atau kumpulan, untuk cuba berkongsi sesama peminat 2 roda. Yang baik jadikan pengajaran, yang salah jadikan sempadan. Kita semua tiada beza. 

Sumber: Mohd Anshahrizat Aluhar via Facebook Kumpulan The Solo Rider (Malaysia)

 

The post ‘Moto’ CC Besar & Sombong Atas Jalan, Kecelakaan Buat Abang Ni Tersedar, “Buanglah Ego” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*