Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik, Dua Pekerja Gerai Burger Maut

pekerja kedai burger maut

Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik, Dua Pekerja Gerai Burger Maut

Dua lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik sewaktu bekerja di sebuah Gerai burger awal pagi tadi.

Memetik Astro Awani, kejadian berlaku di Taman Bercham Raya, Ipoh.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja gerai tersebut berumur 30 dan 14 tahun.

Yahaya berkata, pada jam 1.15 awal pagi tadi, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu.

“Siasatan awal oleh pihak polis di tempat kejadian mendapati dua orang lelaki berada dalam keadaan tidak sedar diri di tepi gerai burger tersebut.

“Pertalian antara mereka adalah rakan dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa merupakan pekerja gerai dan mereka dipercayai terkena renjatan elektrik semasa bekerja di gerai burger tersebut,” maklumnya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut. Manakala mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke HRPB Ipoh bagi proses bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian.

 Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

Imbas kembali, seorang lelaki lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah pada 28 April lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat, pada pukul 4.04 petang, pihaknya menerima panggilan dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian.

BACA JUGA: Cas “Phone” Sambil Tidur, Lelaki Ditemui Maut Terkena Renjatan Elektrik

Walau bagaimanapun, beliau berrkata, pasukan penyelamat perlu menunggu bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana masih ada arus elektrik di dalam lurang itu.

“Pada pukul 11.45 malam, pihak TNB telah menutup arus elektrik berkuasa 33 kilovolt (KV) dan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada 12.15 tengah malam,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata mayat mangsa berusia 30-an itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Astro Awani

The post Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik, Dua Pekerja Gerai Burger Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*