Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Habiskan Permainan Tetris

Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris

Kebanyakan permainan video dalam pasaran direka untuk memiliki end game content bagi memenuhi kehendak pemain.

Kandungan ini akan meminta pemain untuk melepasi beberapa cabaran sebelum mencapai matlamat tertentu.

Ia sekali gus menjadi motivasi kepada para pemain untuk menghabiskan permainan tersebut untuk mengetahui kesudahannya.

Sungguhpun begitu, konsep tersebut tidak diguna pakai oleh permainan video klasik, Tetris yang dilancarkan pada 1988.

Permainan video legenda yang sinonim dengan ‘kotak-kotak’ itu merupakan permainan original dari syarikat Nintendo.

Uniknya, selepas hampir 40 tahun Tetris ada dalam pasaran, sebenarnya tiada seorang pun berjaya melepasi semua stage permainan ini.

Selepas pernantian selama berdekad-dekad, akhirnya seorang individu berjaya ‘habiskan’ permainan Tetris

Sehinggalah seorang kanak-kanak dari Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) berjaya mencipta sejarah menjadi manusia pertama menamatkan permainan tersebut.

Kejayaan itu dicipta oleh Willis Gibson, 13, pada bulan lepas ketika melakukan penstriman langsung permainan tersebut.

Dia ketika itu berjaya meraih gelaran ‘True Killerscreen‘ dalam masa 38 minit sekaligus mencipta sejarah besar dalam peradaban manusia.

Selepas menamatkan permainan tersebut, skrin memaparkan semua blok jatuh pada kelajuan yang tinggi dan menyebabkan permainan tersebut ‘crash’.

Ketika itu, Gibson bermain di Level 157 dengan skor 999999.

Pencapaian Gibson dianggap luar biasa kerana setakat ini, hanya bot yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) sahaja yang pernah melepasi semua stage dalam Testris.

Untuk sekian lama, pemain Testris percaya bahawa Level 30 dianggap sebagai screen killer selepas Thor Aackerlund memperkenalkan kaedah hypertapping dalam permainan tersebut.

Namun, Gibson memecahkan rekod tersebut dan mencapai Level 157 serta menyaksikan permainan tersebut crash.

Kanak-kanak ini mula bermain Tetris seawal 11 tahun dan berlatih kira-kira tiga hingga lima hari setiap tahun.

Walaupun berjaya menamatkan permainan berkenaan, Gibson tidak merancang untuk berhenti bermain Testris selepas ini.

The post Budak 13 Tahun Jadi Manusia Pertama Tamatkan “Game” Tetris appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*