Hasrat Tercapai, Remaja Sempat Bertemu Soloz & Daddy Hood Sebelum Meninggal Dunia

remaja bertemu soloz meninggal

Hasrat Tercapai, Remaja Sempat Bertemu Soloz & Daddy Hood Sebelum Meninggal Dunia

SHAH ALAM — Hasrat seorang remaja lelaki untuk bertemu dengan ikon e-Sports, Soloz atau Fariz Zakaria dan Daddy Hood yang lebih dikenali Nureddy Nursa akhirnya tercapai sebelum meninggal dunia pada 8 malam, Khamis.

Difahamkan, arwah, 17, yang menghidap penyakit tuberkulosis usus sempat bertemu dengan kedua-dua ikon e-Sports tanah air itu pada jam 3.30 petang semalam menerusi bantuan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh ibu remaja terbabit di Children Wish Society Malaysia (CWS) memaklumkan, kunjungan dua idola ke rumahnya itu merupakan satu kejutan selepas anaknya baru sahaja lepas pulang dari hospital.

Katanya, sepanjang sesi pertemuan selama lebih setengah jam itu, mereka meluangkan masa bersama termasuk berkongsi petua permainan e-Sports.

BACA: Enam Bulan Berlatih Buang Pelat Kedah, Kini Bergelar Host MPL Malaysia

“Dia berada di hospital selama dua bulan, namun tidak pernah tersenyum tetapi hari ini dia tersenyum.

“Dia (anaknya) sebelum ini pernah terlibat dalam permainan dalam talian apabila kesihatannya dalam keadaan baik,” katanya semalam.

Menurut ibunya lagi, dia menyifatkan kedua-dua ikon tersebut sangat bertuah melihat ‘seri’ wajah remaja itu yang jelas kembali terpancar.

“Kami berterima kasih kepada Hannah, Med, Soloz, Daddy Hood kerana membalas hasrat anak saya dengan begitu pantas.

“Ini benar-benar dalam semangat menjadi rakyat Malaysia dan kami bertuah kerana menjadi penerima senyuman dia hari ini,” jelasnya.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Fariz Zakaria atau lebih dikenali sebagai ‘Soloz’ merupakan salah seorang individu yang berpengaruh dalam sukan e-Sports tanah air.

Soloz merupakan pemain profesional Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile) yang menjadi idola ramai remaja yang mahu menceburi bidang itu.

Sementara itu, Daddy Hood atau nama sebenarnya Nureddy Nursa pula ialah pengasas kepada salah satu organisasi e-sukan popular tanah air iaitu Homebois.

BACA JUGA: Haiwan Telinga Mickey Mouse, Pemilik Tergamak Lakukan Pembedahan Kosmetik

Sumber: Sinar Harian

The post Hasrat Tercapai, Remaja Sempat Bertemu Soloz & Daddy Hood Sebelum Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*