Budak 8 Tahun Cipta Sejarah, Menang Anugerah Fotografi Berprestij Dunia

Pemenang termuda fotografi

Budak 8 Tahun Cipta Sejarah, Menang Anugerah Fotografi Berprestij Dunia

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan mencipta sejarah apabila muncul sebagai pemenang termuda dalam Anugerah Jurugambar Muda RSPCA.

Memetik laporan Herald Welsh, Jamie Smart dari Powys, Mid Wales memenangi anugerah tersebut menerusi gambar ayam belanda diambilnya.

Mengumpul mata tertinggi, Jamie menjadi pemenang termuda sepanjang penganjuran anugerah berkenaan yang sudah pun berusia 30 tahun.

Menurut Herald Welsh lagi, Jamie berjaya menewaskan lebih 6,000 penyertaan peserta lain sebelum dinobatkan sebagai pemenang.

Juri dilaporkan begitu kagum dengan perincian yang ada dalam gambar ayam belanda bernama Frederick diambil oleh Jamie.

Kontras warna dan latar belakang yang gelap dengan bahagian dada dan leher ayam berwarna merah nyata berjaya memukau mata juri.

Kredit RSPCA

Gambar yang dihantar oleh Jamei berjaya memenangi anugerah dalam kategori ‘Pet Personalities’.

Dalam pada itu, Jamie memberitahu bahawa dia memasang impian untuk menjadi jurugambar hidupan liar apabila dewasa kelak.

Selain itu, dia juga bercita-cita mahu menjadi pengacara rancangan hidupan liar suatu hari nanti.

“Saya ingin menjadi jurugambar dan pengacara rancangan hidupan liar apabila saya dewasa.

“Tujuannya adalah mahu memberi kesedaran dan menyeru masyarakat membuat perubahan.

“Inspirasi perlu diberikan kepada masyarakat setiap peringkat umur untuk memelihara alam yang indah ini,” katanya.

Selain itu, Jamie juga merasa bangga apabila gambarnya terpilih sebagai pemenang.

“Gambar Frederick diambil melalui jeriji kandangnya. Frederick kelihatan seperti berada di dalam penjara, sesuai dengan keadaan selsema burung ketika gambar itu diambil.

“Dalam gambar ini, saya mahu menunjukkan keindahan bulu ayam belanda yang berkilau dan berwarna-warni.

“Saya pasti, bukanlah satu kebiasaan untuk orang ramai melihat bulu ayam belanda setiap hari,” katanya lagi.

Selain itu, Jamie juga muncul sebagai pemenang dalam satu lagi kategori iaitu ‘Potret Haiwan Peliharaan’.

Jamie memenangi anugerah itu menerusi gambar potret seekor kuda bernama Curious George.

Kredit RSPCA

BACA: Mata “Blender” Tumpul? Guna Tiga Cara Ini Bagi Tajam Semula

Anugerah pada tahun ini diadili oleh panel yang pakar dalam bidang fotografi hidupan liar termasuk Presiden RSCPA sendiri, Chris Packham.

Antara juri lain adalah jurugambar-jurugambar hidupan liar yang terkenal iaitu Rachel Bigsby, Catriona Parfitt dan Ellie Rothnie.

Dua orang jurugambar RSCPA turut tampil sebagai juri iaitu Andrew Forsyth dan Emma Jacobs.

Pemenang dalam setiap kategori membawa pulang trofi dan hadiah lain.

Manakala Jamie selaku pemenang utama turut menerima pakej percutian hujung minggu bersama Natuures Images.

Hadiah tersebut termasuk penginapan dua malam untuk ibu bapa pemenang.

Sumber: Herald 

The post Budak 8 Tahun Cipta Sejarah, Menang Anugerah Fotografi Berprestij Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*