Video Tular: Polis Siasat Anggota Tentera Didakwa Kasari Isteri

tentera naik tangan isteri video tular

Video Tular: Polis Siasat Anggota Tentera Didakwa Kasari Isteri

Polis membuka kertas siasatan berkenaan video tular menunjukkan seorang anggota tentera didakwa mengasari isterinya.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di sebuah flat di Sungai Udang, Melaka baru-baru ini.

Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah berkata, pihak polis telah mengesan video tular yang berdurasi 32 saat itu menerusi laman media sosial X pada 29 Disember, semalam.

Hasil siasatan polis kemudian mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 15 Disember lepas.

Laporan berkenaan kejadian yang berlaku dalam video tular telah dibuat

Zainol turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima satu laporan polis melibatkan kejadian tersebut.

“Laporan diterima daripada seorang perempuan berusia 38 tahun kerana telah dipukul oleh suaminya yang berusia 25 tahun,” katanya.

Sehubungan itu, polis bertindak memanggil suami mangsa untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujar Zainol lagi.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh diiatuhkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA: Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

Sumber: Polis Melaka via Facebook

The post Video Tular: Polis Siasat Anggota Tentera Didakwa Kasari Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*