Budak Dua Tahun Nyaris Dilanggar Kereta, Lintas Jalan Tiba-Tiba Nak Masuk Sekolah

budak dua tahun lintas jalan

Budak Dua Tahun Nyaris Dilanggar Kereta, Lintas Jalan Tiba-Tiba Nak Masuk Sekolah

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilaporkan nyaris dilanggar selepas didapati secara tiba-tiba cuba melintas jalan secara keseorangan, lapor Sinar Harian.

Kejadian itu berjaya dirakam oleh sebuah kamera papan pemuka kenderaan sebelum menjadi tular di media sosial.

Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Sekolah Kebangsan (SK) Melaka Pindah, Jalan Melaka Pindah pada 6.51 pagi tadi.

Video berdurasi tiga minit itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah turun dari kereta secara bersendirian yang diparkir di tepi jalan.

Kanak-kanak itu kemudiannya dapat dilihat terus melintas ke jalan yang sedang sibuk dari kedua-dua arah laluan tersebut.

Selain itu, menerusi rakaman video tersebut juga telah terdengar dentuman kuat yang dipercayai kenderaan perakam dirempuh oleh kenderaan lain dari arah belakang selepas dia bertindak memberhentikan kenderaannya.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki kemudiannya dilihat berlari dan mendapatkan kanak-kanak tersebut sebelum membawanya ke tepi jalan.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, wanita itu telah menyeberangi jalan tersebut untuk menghantar anaknya ke sekolah.

Namun wanita itu tidak menyedari bahawa mangsa telah keluar dari kenderaan secara bersendirian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintenden Arshad Abu ketika dihubungi oleh Sinar Harian telah mengesahkan insiden tersebut.

Kata beliau lagi, kemalangan tersebut telah membabitkan dua buah kenderaan iaitu sebuah motosikal jenis Honda CBR250 dan sebuah kereta Perodua Myvi.

Pemandu kereta berusia 32 tahun yang merupakan seorang guru itu dipercayai dalam perjalanan dari Pekan Durian Tunggal menghala ke arah Lendu.

Menurut guru tersebut, seorang kanak-kanak secara tiba-tiba telah melintas jalan itu secara mengejut.

Oleh disebabkan itu, dia terpaksa memberhentikan keretanya secara mengejut sebelum sebuah motosikal menghentamnya dari arah belakang.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

“Mangsa mendapati motosikal ditunggang seorang operator kilang berusia 28 tahun telah melanggar belakang kereta yang dipandunya.

“Bagaimanapun penunggang tersebut hanya mengalami luka dan cedera ringan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan juga telah dipanggil ke balai polis dan diberikan nasihat.

Malah, ibu kanak-kanak itu juga berkemungkinan akan diambil tindakan oleh pihak polis atas kecuaian yang berlaku.

Sumber: Sinar Harian

The post Budak Dua Tahun Nyaris Dilanggar Kereta, Lintas Jalan Tiba-Tiba Nak Masuk Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*