Murid Pra Sekolah Menang Pakaian Terbaik, Jadi Transformers Sempena Sambutan Kemerdekaan

transformers sambutan kemerdekaan

Murid Pra Sekolah Menang Pakaian Terbaik, Jadi Transformers Sempena Sambutan Kemerdekaan

Sambutan hari kemerdekaan telah menjadikan bulan Ogos sebagai bulan kemerdekaan, kerana orang ramai mengambil peluang untuk melakukan hiasan dengan menggantungkan bendera Jalur Gemilang di dalam rumah, kereta dan juga tempat yang lain.

Pihak sekolah juga tidak ketinggalan untuk menyambut hari kemerdekaan dengan melakukan pelbagai aktiviti kepada pelajar untuk menanamkan sifat cinta kepada negara selain mengenang jasa para pewira yang memerdekakan tanah air pada suatu ketika dahulu.

Antara pertandingan yang dilakukan adalah pakaian seragam bertemakan kemerdekaan, di mana para pelajar perlu memakai pakaian yang melambangkan sambutan kemerdekaan berdasarkan kreativiti masing-masing.

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang murid memakai pakaian seragam lain daripada yang lain sehingga meraih perhatian warga maya.

Kanak-kanak berpakaian transformers pada sambutan kemerdekaan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @missascha1, ia menunjukkan murid tersebut memakai kotak di badannya berbeza dengan peserta lain, yang memakai baju dan kain.

Kanak-kanak lelaki tersebut dilihat agak menonjol daripada yang lain susulan pakaiannya yang unik berkotak dari atas badan hingga ke bahagian kaki.

Memilih transformers sebagai tema, pakaian kemerdekaan lelaki itu mencuri perhatian susulan ia menyerupai watak filem Transformers, sebuah kenderaan yang bertukar menjadi robot.

Pada permulaan video, murid tersebut berdiri seperti biasa namun apabila tiba masanya untuk memperagakan pakaiannya, dia mula menunduk dan meletakkan muka ke lantai, mencantumkan kotak yang terpisah menjadi sebuah kereta.

Kredit: @missascha1/TikTok

Kotak yang tadinya terpisah kerana berdiri, telah bercantum menjadi sebuah kenderaan yang sempurna.

Yang lebih menariknya, lampu kereta yang dilihat seperti perhiasan itu mengeluarkan cahaya selepas ditekan oleh kanak-kanak lelaki itu.

Kredit: @missascha1/TikTok

“Transformers, okay berikan tepukan gemuruh kepadanya. Sangat kreatif idea ini.

“Wah ada lampu, transformers Merdeka,” komen guru tersebut

Tidak dinafikan idea tersebut sangat kreatif kerana individu perlu memikirkan tentang cara bagaimana menukarkan kotak tersebut menjadi sebuah kereta, seperti transformers.

Hasil tinjauan di ruangan komen, difahamkan murid lelaki itu telah memenangi tempat pertama, hasil idea yang menarik itu.

BACA: Semangat Bulan Kemerdekaan, Ini Panduan Pasang Bendera Pada Kereta Dengan Betul

Komen warga maya

Rata-rata netizen kagum dengan idea tersebut dan mengatakan kreativiti ibu bapanya adalah di luar jangkaan.

“Memang kreatif sunggu,” kata warga maya.

“Smart ooo, sangat hebat,” ujar netizen.

“Kreatif ibu dan ayahnya,” komen warga maya.

Saksikan video penuh pakaian adik tersebut di bawah ini.

@missascha1

pakaian beragam terbaik dan paling kreatif dari murid pra sekolah..memang berfikir di luar kotak..salute parents dia,👏

♬ original sound – missascha – missascha

Sumber: @missascha1/TikTok

The post Murid Pra Sekolah Menang Pakaian Terbaik, Jadi Transformers Sempena Sambutan Kemerdekaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*