Rangkuman Terkini Keadaan Banjir Kedah

banjir kedah

Rangkuman Terkini Keadaan Banjir Kedah

BALING — Susulan hujan lebat yang melanda pada awal malam tadi, beberapa kawasan di Baling, Kedah mula dinaiki air banjir.

Difahamkan, antara kawasan yang dinaiki air dipercayai di Kampung Iboi.

Menerusi beberapa video tular di Twitter (X), memaparkan arus banjir mengalir deras di sesetengah kawasan dan jalan mula dinaiki air lumpur.

Dalam satu siaran langsung (Live) di TikTok, seorang lelaki melaporkan keadaan semasa banjir dari rumahnya di Kupang. Katanya dalam live tersebut, dia sedang menunggu bantuan tiba.

Melihat keadaan banjir di sekitar halaman rumahnya, memaparkan arus banjir mengalir dengan deras.

Gambar: Tangkap Layar Live TikTok

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Di Kedah

Sebelum ini, Bernama melaporkan jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 701 orang daripada 201 keluarga setakat malam ini berbanding 268 mangsa daripada 81 keluarga pagi tadi.

Menurut Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana APM Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena itu ditempatkan di tujuh PPS.

“Tujuh PPS itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Changlun, SK Malau, Dewan PPK Lubuk Batu, SK Taman Aman, SK Bukit Hijau dan Maahad Tarbiyah Derang,” katanya dalam kenyataan.

Hujan Di Negeri Utara, Pantai Timur & Sabah 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat terhadap negeri-negeri Utara, Pantai Timur dan Sabah.

Antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan , Terengganu dan Sabah.

BACA JUGA: Banjir: Satu Lagi PPS Dibuka Di Kedah Dan Perlis, Jumlah Mangsa Di Sabah Kekal

“Di Kedah, kawasan yang diramal termasuklah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Kulim.

“Manakala di Perak pula melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

” Daerah Besut di Negeri Terengganu, dan seluruh negeri Kelantan” kata MET Malaysia.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan itu lagi.

Sumber: Video Tular Twitter, Tangkap Layar Live TikTok

The post Rangkuman Terkini Keadaan Banjir Kedah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*