Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan

kes zayn rayyan bukan straight forward

Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan

Polis berdepan cabaran untuk mengenalpasti suspek kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan disebabkan kes ini bukan bersifat ‘straight forward‘.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata demikian memberi perkembangan berkenaan kes tersebut dalam satu sidang media, sebentar tadi.

Beliau turut menjelaskan bahawa tempat penemuan mayat mangsa, iaitu di tebing sungai dianggap sebagai secondary crime scene.

“Siasatan berkaitan pembunuhan adik Zayn Rayyan ni, seperti mana pihak polis maklumkan, tempat kejadian yang menjadi lokasi penemuan mayat mangsa dianggap sebagai secondary crime scene.

Secondary crime scene ini biasanya kita kurang mendapat keterangan fizikal untuk dikaitkan dengan penjenayah,” katanya.

Justeru katanya, pihak polis berdepan dengan cabaran untuk mengumpul keterangan-keterangan untuk menangkap pelaku.

“Bukan satu kes yang straight forward seperti yang saya telah sebutkan sebelum ini,” katanya.

Terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan bahan bukti

Walau bagaimanapun, Hussein menegaskan pihaknya berusaha keras mengumpul bukti untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Kita telah melakukan pencarian dari rumah ke rumah. Sehingga sekarang, kita telah mengambil 225 rakaman percakapan daripada pelbagai pihak dan individu.

“Manakala, kita juga mengambil kira-kira 248 sampel DNA individu. Daripada semua sampel, 246 sampel telah dianalisis dan lain-lain sampel yang dihantar ke Jabatan Kimia pun telah kita dapat keputusan.

“Tiada keputusan positif yang kita perolehi yang boleh bantu siasatan pada ketika ini,” katanya.

BACA: Ramai Tak Tahu Russell Taylors Rupanya Jenama Malaysia

Sumber: Astro Awani

 

The post Bukan Kes “Straight Forward”, Polis Berdepan Cabaran Kesan Suspek Kes Bunuh Zayn Rayyan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*