Messi & Busquets Dilaporkan Setuju Sertai Al-Hilal Musim Panas Ini

Messi & Busquets al-hilal

Messi & Busquets Dilaporkan Setuju Sertai Al-Hilal Musim Panas Ini

Lionel Messi dan Sergio Busquets mengesahkan bahawa mereka telah menerima tawaran untuk menyertai kelab Al-Hilal di Arab Saudi pada musim panas ini dengan bayaran USD 662 juta (RM2.9 bilion) setahun menurut El Chiringuito.

Kontrak Messi dan Busquets bersama kelab mereka dilaporkan bakal tamat pada 30 Jun depan.

Sementara itu, pihak Messi telah memaklumkan Paris Saint German bahawa Messi akan meninggalkan ibu kota Perancis itu menurut Fabrizio Romano.

Barca sebelum ini dilaporkan berusaha untuk membawa pulang bintang Argentina itu dan juga mendapatkan kapten mereka Busquets.

Jika berita daripada El Chiringuito itu benar, Al-Hilal juga dilaporkan akan mendapatkan seorang lagi legenda kelab Barca iaitu Jordi Alba.

Lorente melaporkan bahawa Busquets akan memberitahu jurulatih utama pasukan Xavi Hernandez berkenaan keputusannya itu pada hari ini. Manakala Alba akan menerima perjanjian semasanya yang akan tamat pada pertengahan 2024 depan.

Lorente, yang rapat dengan lembaga pengarah bekas presiden Barca, Josep Bartomeu, bukan satu-satunya individu yang mendakwa perpindahan Messi itu.

Seorang lagi Onda Cero melaporkan bahawa Messi akan menuju ke Arab Saudi selepas menghabiskan tempoh setahun di Barca.

Messi hanya akan pulang ke Eropah apabila bersara

Marco Kirdermir, ejen berdaftar FIFA pula mendakwa bahawa Messi akan melencong dari Camp Nou dan hanya akan pulang ke stadium terbesar Eropah itu apabila bersara.

“Dia ditawarkan dengan bayaran USD 600 juta daripada Al-Hilal,” kata Kirdemir.

Bulan lalu, Saudi Gazette dan Romano melaporkan bahawa Messi ditawarkan USD 440 juta daripada Al-Hilal lebih banyak daripada pesaingnya Cristiano Ronaldo.

Ronaldo dilaporkan dibayar USD 220 juta setahun untuk bermain bagi kelab seteru Al-Nassr.

Minggu lalu, Ronaldo mendahului senarai Atlet Gaji Terbaik Dunia 2023 Forbes dengan pendapatan USD 136 juta hasil pertukaran Arab Saudi.

Messi pula menduduki tempat kedua menerusi USD 130 juta dibahagikan sama rata di atas padang dan di luar padang.

El Chiringuito turut mendedahkan bahawa pihak Messi yang diketuai oleh bapa dan ejen Jorge Messi bersetuju untuk berpindah ke Al-Hilal dengan satu syarat.

Syaratnya adalah pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu memperoleh pendapatan yang lebih besar daripada Ronaldo.

BACA: “Travel” Ke Arab Saudi Tanpa Kebenaran, PSG Gantung Messi Selama Dua Minggu

Messi didakwa meminta USD 660 juta setahun tetapi akhirnya bersetuju dengan bayaran USD 386.5 juta yang ditawarkan kepada pemenang Piala Dunia Qatar 2022 itu.

Jika benar berita pertukaran itu, Culers dan Barcelona FC akan menerima tamparan yang hebat. Mereka kini cuba meyakinkan La Liga bahawa perjanjian Messi berlaku di tengah-tengah masalah yang dihadapi mereka.

Perancangan Xavi untuk musim 2023/2024 juga akan terjejas, kerana mereka tidak dapat memanggil bukan sahaja Messi tetapi termasuk kaptennya Busquets.

Satu perkara yang positif ialah potensi pemergian Alba dengan Barca dapat mengurangkan bayaran gaji sebanyak USD 220 juta.

Alba dijangka memperoleh USD42 juta pada musim depan menurut SPORT, dengan USD22 juta ditangguhkan kerana perjanjian yang dibuat dengan Bartomeu.

Sumber: Forbes 

The post Messi & Busquets Dilaporkan Setuju Sertai Al-Hilal Musim Panas Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*