Bukan Saja-saja, Ini Sebab Kenapa Polis Amerika Sentuh Belakang Kereta Semasa Tahan Pemandu

Polis sentuh belakang kereta

Bukan Saja-saja, Ini Sebab Kenapa Polis Amerika Sentuh Belakang Kereta Semasa Tahan Pemandu

Ditahan polis ketika dalam perjalanan bukan satu pengalaman yang diinginkan. Walaupun anda tahu anda tidak melakukan apa-apa kesalahan, namun terjentik juga rasa gentar dalam hati.

Misalnya, ketika ditahan dalam sekatan jalan raya, antara prosedur biasa dibuat polis adalah seperti meminta lesen memandu dan juga lesen kenderaan.

Jika kedua-dua dokumen penting tersebut masih aktif, biasanya anda akan dibenar meneruskan perjalanan. Tetapi jika anda ada melakukan kesalahan lain, ceritanya adalah berbeza. Saman, misalnya, menanti anda.

Namun, di Amerika Syarikat, ada satu prosedur berbeza yang dibuat oleh polis disana. Menurut Reader Digest, apabila menahan sesebuah kenderaan, polis akan menyentuh bahagian belakang kenderaan tersebut. Antara posisi kenderaan yang selalu disentuh adalah pada bahagian lampu belakang.

Kenapa polis Amerika sentuh belakang kereta yang ditahan?

Aneh, bukan? Kenapa dan apa keperluannya? Adakah ada maksud tersirat atau ia sebahagian daripada prosedur tambahan penguatkuasa di Amerika Syarikat?

Jika kita tidak berfikir panjang, mungkin kita menyangka bahawa pihak polis sedang memeriksa sama ada lampu yang dipasang pada bahagian belakang menepati piawaian.

Ada juga betulnya, tetapi jawapan tersebut bukanlah jawapan yang paling tepat. Rupanya tindakan menyentuh lampu belakang kereta ini ada justifikasinya.

BACA: Semua Drama Cliché? Nanti Dulu… Ada 4 Drama Boleh Buat Korang Tak Keruan

Menurut seorang peguam, Joe Hoelscher, tindakan ini membuktikan bahawa pihak polis telah mendekati sesebuah kereta dan interaksi telah berlaku.

“Meninggalkan kesan cap jari pada lampu belakang kereta merupakan cara orang lama untuk mengecam kereta yang pernah ditahan. Lebih-lebih lagi jika ada sesuatu yang berlaku pada pegawai polis yang menahan kereta berkenaan,” jelas Hoelscher.

Secara umumnya, jika keselamatan pegawai polis diancam pemandu  atau kereta ditahan melarikan diri, kereta itu boleh dijejaki kembali. Salah satunya menerusi cap jari anggota polis itu tadi.

Seterusnya, usaha polis untuk mengesan pemilik kenderaan berkenaan untuk tujuan penahanan atau siasatan menjadi lebih mudah.

Kenapa masih gunakan cara lama ini?

Sebelum penciptaan kamera papan pemuka dan kemera pada anggota badan, cap jari yang ditinggalkan pada lampu belakang kereta digunakan untuk membuktikan bahawa kereta terbabit telah melalui sekatan jalan raya.

Sungguhpun dengan pengenalan teknologi baharu, pegawai polis masih melakukan perbuatan ini sebagai satu rutin dalam pemeriksaan mereka.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Reader Digest

The post Bukan Saja-saja, Ini Sebab Kenapa Polis Amerika Sentuh Belakang Kereta Semasa Tahan Pemandu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*