Ditanya Pendapat Tentang Malaysia, Ini Pandangan Orang Luar

Menarik Di Malaysia

Antara yang disentuh adalah tentang keindahan alam, kepelbagaian budaya, perpaduan antara kaum dan juga pencapaian ekonomi yang dikecapi negara.

Misalnya @TeongH_SR berpendapat bahawa Malaysia berada di lokasi strategik dan memainkan peranan penting dalam laluan perkapalan serta perdagangan dunia sejak zaman Kesultanan Melaka.

Bagi @iAmchintan369 pula, bila disebut tentang Malaysia, dia teringat tentang kepelbagaian budaya, makanan yang sedap-sedap, landskap yang memukau, banguna-bangunan megah dan bandarnya yang hidup.

Begitu juga dengan @Bassel_abk, dia mengenali negara ini dengan keenakan makanannya.

Menurut @uzonnaibeto pula, orang ramai perlu melawat sendiri Malaysia untuk mengenali negara ini.

Katanya, Malaysia sangat indah, maju dan memiliki jaringan jalan raya yang terbaik. Negara ini juga ada banyak pusat beli belah.

Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia berjiran dengan Indonesia di asia Tenggara.

Maka, ada juga pengguna X dari Indonesi mengambil kesempatan ini untuk berkongsi manifestasi persahabatan dua negara yang serumpun.

Walaupun ada ketika melalui fasa pasang surut, namun hubungan ini masih kekal utuh.

Kata @kuncoro, Malaysia baginya merupakan negara jiran dan sahabat terbaik mereka miliki.

Tak lupa juga, ada yang mengenali negara ini menerusi Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun yang pasti, Menara Berkembar Petronas adalah perkara pertama yang terlintas di fikiran banyak pengguna X tentang Malaysia.

Sebenarnya, ada banyak lagi perkongsian-perkongsian menarik yang dibuat oleh pengguna X tentang negara ini

Anda boleh semak sendiri di akaun The Spectators Index. Semoga negara kita terus dipandang tinggi oleh orang luar.

BACA: KL & Melaka Antara Destinasi ‘Syurga Makanan’ Terbaik Di Asia Tenggara

Sumber: spectatorindex via laman X

The post Ditanya Pendapat Tentang Malaysia, Ini Pandangan Orang Luar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*