Bukan Setakat Jaga Keselamatan Diri, Ini 4 Kegunaan “Seatbelt” Yang Ramai Tak Tahu

kegunaan seatbelt

Bukan Setakat Jaga Keselamatan Diri, Ini 4 Kegunaan “Seatbelt” Yang Ramai Tak Tahu

Setiap kali memandu, kita perlu memakai tali pinggang keselamatan bagi memastikan keselamatan terjamin sebagai persediaan.

Hal ini kerana bahaya boleh terjadi dimana-mana dan bila-bila masa sahaja bak kata pepatah malang tidak berbau.

Tali pinggang keselamatan atau seatbelt merupakan salah satu ciri keselamatan yang dipasang pada kereta, bahkan ia juga telah ditambah baik dengan sistem penggera atau alarm bagi memperingati pemandu untuk memakai.

Jika pemandu tidak memakainya,  ia akan menghasilkan bunyi beep. Namun, pernah tak anda terfikir yang seatbelt juga terdapat kegunaan lain selain daripada memakainya ketika memandu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari kita ikuti perkongsian Alitmat Auto Garage menerusi video TikTok @altimatautogarage di bawah.

Dalam klip yang dikongsikan, lelaki berkenaan memberitahu bahawa tali pinggang keselamatan ini juga boleh digunakan untuk kegunaan lain.

1. Sebagai “penarik” kereta

Trik ini cukup menarik untuk digunakan khususnya bagi pemandu wanita di luar sana.

Tali ini juga boleh dijadikan sebagai pendorong untuk menolak kereta anda ke bahu jalan jika berlaku kerosakan sewaktu tiada orang lain untuk membantu.

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Caranya anda perlu menarik tali pinggang keselamatan sehingga habis, bawa keluar dan tutup pintu pemandu. Pakaikan pada bahagian badan untuk menarik beban kereta ke tepi jalan.

Pastikan brek tangan sudah dilepaskan dan gear berada dalam keadaan N, kemudian kawal stereng kereta sambil menarik kereta dan menolak (guna sebelah tangan).

2. Elak terbeli kereta banjir

Gambar: TikTok @altimatautogarage

Bagi yang ingin mencari dan membeli kereta second hand, rahsia kedua ini sangat berguna untuk mengelakkan anda daripada terkena dan membeli kereta yang ditenggelami air banjir.

Mudah sahaja, tarik tali pinggang keselamatan sehingga habis. Kemudian, lihat pada bahagaian tali sama ada terdapat kesan lumpur atau tidak.

Jika terdapat kesan lumpur, kereta berkenaan berkemungkinan pernah ditenggelami air ‘bah’.

3. Tengok production date

Rahsia seatbelt
Gambar: TikTok @altimatautogarage

BACA: Kenapa Langit Bertukar Warna Hijau Ketika Dilanda Ribut? Ini Sebabnya

Tahukah anda pada tali ini juga disertakan tarikh pengeluaran atau production date. Jadi apa kaitannya dengan perkara ini?

Sebenarnya anda boleh menyemak sama ada production date tali pinggang keselamatan sama atau tidak pada bahagian bawah tempat duduk tepi anda.

Sekiranya tarikh tidak sama, berkemungkinan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ini dan pemilik telah menukarnya kepada yang baru.

4. Kegunaan kecemasan

Rahsia seatbelt
Gambar: TikTok @altimatautogarage

Tali pinggang keselamatan juga boleh bertindak sebagai alat penting sewaktu berlaku kecemasan seperti anda terperangkap di dalam kenderaan atau kereta jatuh ke dalam air.

Jika anda perhatikan pada mulut tali pinggang keselamatan mempunyai besi (seatbelt bunker), ia boleh digunakan untuk memecahkan cermin kereta bagi membolehkan anda keluar.

Semoga bermanfaat.

@altimatautogarage

Ini 4 rahsia seatbelt wajib korang tahu yang kungkin boleh selamatkam nyawa korang!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkeretakuang #bengkelrepairkereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelservicekereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotifmobilindonesia #otomotifzone #kereta #cars #carsoftiktok #car #tips #tipspenjagaankereta #carajagakereta #trending #viral #fyp #seatbelt

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Sumber: TikTok @altimatautogarage

The post Bukan Setakat Jaga Keselamatan Diri, Ini 4 Kegunaan “Seatbelt” Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*