Agoda Berkongsi Lima Destinasi Percutian yang Sejuk untuk Melarikan Diri dari Cuaca Panas

Agoda Berkongsi Lima Destinasi Percutian yang Sejuk untuk Melarikan Diri dari Cuaca Panas

Kuala Lumpur, 19 April 2024 – Rekod suhu yang tinggi di Malaysia sejak belakangan ini menyebabkan ramai yang merindui percutian ke destinasi yang lebih sejuk. Untuk membantu warga Malaysia meredakan bahang cuaca panas, platform pelancongan digital Agoda telah menyenaraikan beberapa destinasi yang sejuk dan nyaman untuk semua.

Merangkumi kawasan tanah tinggi tempatan yang diselubungi kabus dan persisiran pantai luar negara dengan bayu laut yang segar, destinasi-destinasi yang sejuk ini boleh dijadikan tempat berlindung dari bahang cuaca panas pada bulan Mei.

Sapporo, Hokkaido, Jepun (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 18°C)

agoda destinasi yang sejuk

Ibu kota Hokkaido, Sapporo dikenali dengan taman-tamannya yang indah apabila musim bunga menjelma. Antara taman-taman yang harus dikunjungi ialah Taman Odori, Taman Yurigahara dan juga Taman Lereng Bukit Takino Suzuran dengan lereng bukitnya yang dilitupi dengan bunga-bunga tulip berwarna-warni. Penggemar makanan pula harus mencuba makanan bermusim di sini seperti rebung yang lembut dan ketam salji yang enak. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan upacara tradisional Shinto di Rumah Berhala Hokkaido, menikmati pemandangan yang indah dari Bukit Hitsujigaoka, dan mencuba coklat putih yang terkenal, Shiroi Koibito.

Jeju, Korea Selatan (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 21°C) 

agoda destinasi yang sejuk

Pada bulan Mei, Korea Selatan menjadi tumpuan pelancong kerana cuacanya yang sederhana, bunga-bunga yang mekar dan juga hujan yang minimum. Dengan suhu waktu siang yang mencecah pertengahan 20-an°C, bulan tersebut adalah masa yang paling sesuai untuk menerokai kawasan luar bandarnya yang indah. Pulau Jeju yang juga dikenali sebagai ‘Hawaii of Korea’ menjadi tarikan disebabkan landskapnya yang subur. Antara aktiviti-aktiviti luar yang menarik di sini ialah berbasikal di sepanjang Laluan Olle Jeju, menggembara Taman Batu Jeju dan menerokai Tiub Lava Manjanggul. Para pelancong juga boleh menikmati kesegaran bayu laut di Tanjung Seopjikoji atau menyaksikan keindahan ladang bunga kanola di kawasan bukit.

Cameron Highlands, Malaysia (Purata suhu waktu siang di bulan Mei:  22°C)

agoda destinasi yang sejuk

Untuk percutian domestik pula, Cameron Highlands yang terletak di kawasan berbukit yang berkabus merupakan satu destinasi cuaca sejuk yang cukup terkenal di Malaysia. Antara aktiviti santai yang boleh diakukan di sini adalah berkelah di Taman Flora Cameron yang dipenuhi bunga-bunga merah jambu, bersiar-siar di Hutan Berlumut (Mossy Forest), dan menikmati ais krim buatan tangan berperisa lavender di Taman Lavender. Agoda juga menawarkan pelbagai penginapan ’glamping’ untuk mereka yang ingin berkhemah sambil menikmati udara pergunungan yang segar.

Sydney, Australia (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 20°C)

Bulan Mei di Australia menandakan peralihan dari musim luruh kepada cuaca ‘musim sejuk’ yang lebih dingin. Ini mewujudkan suasana yang ideal untuk keluar bersiar-siar sambil meneroka bandar Sydney, sebuah bandar yang meriah dan penuh dengan mercu tanda ikonik serta kawasan dermaga yang indah. Nikmati keindahan pemandangan di Pelabuhan Sydney ketika bersiar-siar, kunjungi Rumah Opera Sydney yang terkenal, atau bersantai di Pantai Bondi, sambil menikmati bayu laut yang menyegarkan. Dengan pelbagai pilihan masakan antarabangsa dan pengalaman budaya yang kaya, Sydney menjanjikan sebuah percutian yang tidak dapat dilupakan bagi mereka yang ingin “melarikan diri” dari bahang cuaca panas.

Sapa, Vietnam (Purata suhu waktu siang di bulan Mei: 22°C)

Sapa, Vietnam, yang juga dikenali sebagai ‘bandar awan’ adalah sebuah destinasi yang menawan sepanjang tahun. Bulan Mei merupakan bulan yang paling ideal untuk menyaksikan bunga liar yang berwarna-warni dan juga pelbagai festival suku bukit yang meriah. Dengan adanya sawah padi berteres dan lembah yang subur, Sapa merupakan salah satu destinasi paling memikat di negara ini. Berjelajah melalui sawah padi berteres, mempelajari budaya suku bukit seperti Hmong, Dzao dan Tay, dan juga menikmati kebudayaan yang kaya di rantau ini. Sama ada percutian yang penuh dengan aktiviti pengembaraan atau bersantai sahaja, Sapa menjanjikan sebuah pengalaman di kawasan pergunungan yang dikelilingi oleh keindahan alam semulajadi yang tidak dapat dilupakan pada bulan Mei.

Selaras dengan misinya untuk membantu orang ramai mengembara dunia dengan lebih murah, Agoda menyediakan pelbagai tawaran berpatutan untuk hotel, penerbangan, aktiviti libur dan banyak lagi, yang semuanya boleh ditempah dengan mudah dan lancar dalam satu platform. Sama ada di Taman Lereng Bukit Takino Suzuran atau Cameron Highlands, Agoda bersedia untuk menyelaraskan percutian idaman anda dengan mudah dan menjimatkan.

The post Agoda Berkongsi Lima Destinasi Percutian yang Sejuk untuk Melarikan Diri dari Cuaca Panas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*