KPKT Lulus RM4.58 Juta Bagi Meningkatkan Pembangunan Infrastruktur Awam Dan Sosio Ekonomi Penduduk Gerik, Perak

KPKT Lulus RM4.58 Juta Meningkatkan Pembangunan Infrastruktur Awam Dan Sosio Ekonomi Penduduk Gerik, Perak

GERIK, 22 April 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga  Kor Ming (YB KM) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.58 juta kepada penduduk Gerik ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pintu Gerbang  Kampung Baru Batu Dua, Daerah Gerik, Perak dalam lawatan kerja bersempena  Program Sentuhan Kasih KPKT ke Gerik pada pagi ini.  

kpkt rm4.58 juta gerik
Sumber : BERNAMA

Dalam lawatan tersebut, YB KM telah turun padang meninjau Kampung Air Kala,  Pasar Awam Gerik, Kampung Baru Batu Dua dan Kampung Kuala Rui bagi projek  BP.1 di bawah Majlis Daerah Gerik (MDG) dan Projek Kampung Baru Cina untuk  menambah baik infrastruktur awam dan kerja-kerja pengindahan kawasan.  

Peruntukan sebanyak RM4.58 juta tersebut meliputi 22 buah projek yang akan  dilaksanakan oleh Majlis Daerah Gerik dan Jawatankuasa Pembangunan dan  Keselamatan Kampung (JPKK). Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.7 juta (7  projek) disalurkan kepada MDG manakala RM2.88 juta (15 projek) disalurkan kepada  JPKK di Daerah Lenggong, Daerah Gerik dan Daerah Pengkalan Hulu bagi  pelaksanaan projek-projek seperti;  Menyelenggara dan membaik pulih Pasar Awam Gerik;

1.Menyelenggara dan membaik pulih Pasar Awam Gerik; 

2.Kerja – kerja pembaikan longkang lama berhampiran Gerai Makan MDG  Kampung Baru Batu Dua, Gerik;

3.Menaik taraf tapak Pasar Malam Gerik;

4.Kerja – kerja menaik taraf dua (2) unit kolam takungan di Skim Perumahan  Taman Angsana (Fasa 2);

5.Kerja – kerja menaik taraf satu (1) unit kolam takungan di Skim Perumahan  Taman Seri Kiara;

6.Menyelenggara kolam – kolam takungan dalam kawasan Pihak Berkuasa  Tempatan (PBT);

7.Membina baharu dua (2) unit gerai tidak halal di Medan Selera (Medan Takong  1); dan lain-lain.

Menurut YB KM, “Peruntukan yang diluluskan oleh KPKT ini adalah belanjawan  berasaskan prestasi atau “performance-based budget”. Ini bagi memastikan  perkhidmatan dan fokus KPKT dalam penambahbaikan infrastruktur awam dapat  terus dipertingkatkan di Daerah Gerik, Lenggong dan Pengkalan Hulu demi  keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat.”  

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan  PBT di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi  meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.  

The post KPKT Lulus RM4.58 Juta Bagi Meningkatkan Pembangunan Infrastruktur Awam Dan Sosio Ekonomi Penduduk Gerik, Perak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*