Bukan Suka-Suka Je Pakai, Ketahui Dulu Apa Fungsi & Jenis ‘Braces’ Yang Ada

fungsi & jenis braces

Bukan Suka-Suka Je Pakai, Ketahui Dulu Apa Fungsi & Jenis ‘Braces’ Yang Ada 

Dalam dunia serba moden ini, ramai yang mula mengambil mudah tentang sesuatu perkara, terutamanya yang berkaitan dengan penjagaan diri.

Sebagai contoh, ramai di kalangan anak muda yang tidak mempunyai masalah mata atau rabun dengan sengaja memakai cermin mata untuk kecantikan.

Selain cermin mata, pemakaian ‘braces’ juga sering disalah guna oleh anak muda yang ingin mengikut trend dan kecantikan.

Yang lebih parah ialah, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memakai pendakap gigi palsu untuk dilihat mengikuti perkembangan peredaran zaman.

Justeru perkongsian pada hari ini akan berkongsikan berkenaan fungsi ‘braces’ dan jenis-jenisnya yang terdapat di klinik gigi.

Apakah pendakap gigi?

Sebelum kita pergi lebih jauh berkenaan topik perkongsian pada hari ini, mari kita ketahui dulu apa itu pendakap gigi.

Pendakap gigi atau ‘braces’ merupakan sejenis alat yang digunakan oleh pakar orthodontik dalam merawat permasalahan yang melibatkan gigi pesakit.

Kredit Dulwich

Pendakap gigi boleh membantu meluruskan gigi anda dan membetulkan pelbagai masalah berkaitan dengan orthodhontik.

Antara masalahnya adalah gigi bengkok, gigi tumbuh dengan rapat, gigi jarang dan macam-macam lagi.

Ramai kanak-kanak dan remaja memakai pendakap gigi, ia termasuk mereka yang sudah dewasa.

Malah, terdapat data yang menyatakan bahawa kira-kira 20 peratus daripada pesakit orthodhontik di Amerika Syarikat adalah mereka yang berumur melebihi 18 tahun ke atas.

Jenis-jenis ‘braces’

Terdapat beberapa jenis pendakap gigi yang berbeza mungkin disyorkan untuk memperbaiki penjajaran gigi. Ia termasuk pendakap gigi logam tradisional, pendakap seramik, pendakap lingual dan invisalign.

Setiap jenis braces ini dikaitkan dengan satu set unik kelebihan dan kekurangan yang mesti diambil kira untuk menentukan pilihan rawatan yang terbaik bagi setiap individu.

Tradisional Metal braces

Pendakap gigi tradisional melibatkan pemakaian pendakap dan wayar yang kebiasaannya dibuat daripada logam. Ia akan dilekatkan pada gigi dan membolehkan kedudukannya diubah mengikut keperluan keadaan gigi.

Wayar lengkung yang diaktifkan oleh haba adalah tambahan yang agak baharu kepada jenis pendakap tradisional ini.

Kredit Shutterstock

Pergerakan wayar menggunakan haba di dalam mulut untuk membolehkan gigi bergerak dengan lebih cepat. Ia juga boleh mengurangkan rasa tidak selesa kepada si pemakainya.

Pendakap gigi jenis ini lazimnya merupakan pilihan yang paling murah dan ia juga sangat berkesan serta menjadi salah satu pendakap yang menjadi pilihan utama.

Walau bagaimanapun, pendakap jenis ini adalah yang paling menyerlah dan sesetengah orang mungkin kurang selesa dengan perkara ini.

Penggunaan pendakap jenis ini juga membolehkan pemakainya memilih pilihan warna getah yang berbeza.

Seramik braces

Pendakap seramik sangat mirip dengan pendakap logam tradisional dari segi saiz dan bentuk. Tetapi ia berbeza kerana dibina daripada bahan seramik yang sebati dengan warna semula jadi gigi supaya pendakap itu tidak menyerlah.

Kredit Shutterstock

Kegunaan braces ini masih sama, tetapi ia tidak menyerlah kerana warnanya dan menjadi pilihan kepada mereka yang tidak mahu menarik perhatian ramai.

Pendakap jenis ini biasanya lebih mahal daripada pendakap tradisional dan mudah kotor jika tidak dijaga dengan betul.

Lingual braces

Pendakap lingual serupa dengan pendakap tradisional kerana ia diperbuat daripada logam. Tetapi yang membezakannya adalah ia dipasangkan pada bahagian dalam gigi supaya tidak mudah dilihat dari luar.

Jenis ini mempunyai kelebihan yang jelas iaitu tidak mahu dilihat oleh orang lain kerana ia akan tersembunyi di sebalik gigi.

Kredit Shutterstock

Walau bagaimanapun, ia kurang berkesan berbanding pendakap tradisional dan selalunya akan mengambil masa yang lebih lama untuk mendapat hasil yang diinginkan.

Pendakap ini juga mungkin kurang selesa buat pesakit kerana ia akan bersentuhan secara langsung dengan lidah. Pendakap jenis ini juga memerlukan penjagaan yang lebih rapi kerana ia lebih susah untuk dibersihkan.

Invisalign

Invisalign ialah jenis pendakap yang paling berbeza kerana ia tidak melibatkan pendakap dan wayar. Sebaliknya ia menggunakan satu siri penjajar plastik jernih yang dibuat khas dan dipakaikan pada gigi.

Penjajar ini mudah ditanggalkan dan diganti dengan yang seterusnya dalam setiap siri bagi tempoh dua minggu sepanjang rawatan.

Kredit Shutterstock

Kebanyakan individu memerlukan antara 18 dan 30 penjajaran yang berbeza dalam mencapai hasil yang diinginkan.

Pendakap gigi jenis ini lebih disukai oleh pesakit kerana ia hampir tidak kelihatan dan memberikan kebebasan kepada pesakit untuk makan dan minum.

Walau bagaimanapun, pendakap jenis ini jauh lebih mahal dan hanya boleh digunakan untuk membetulkan masalah gigi kecil hingga sederhana di kalangan remaja dan dewasa.

Self-Ligating braces

Pendakap jenis ini sangat serupa dengan pendakap logam tradisional. Kaedahnya ialah menggunakan klip dan bukannya jalur elastik untuk menahan wayar pendakap di tempatnya.

Kelebihan pendakap jenis ini ialah geseran pada pendakap gigi lebih kurang dan biasanya ia memudahkan pesakit untuk membersihkan pendakap dan gigi mereka.

Kredit Stellar Dental

Pendakap jenis ini mempunyai keberkesanan yang serupa dengan pendakap logam tradisional dan boleh meningkatkan kawalan ke atas perkakas. Ia boleh membawa kepada penjajaran gigi yang lebih tepat.

Pendakap ini juga lebih mahal dan masih boleh dilihat seperti pendakap gigi jenis logam tradisional.

BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh

Berapa lama pemakaian braces untuk mendapatkan hasil yang diiginkan?

Jawapan kepada soalan ini adalah ia berbeza bagi setiap individu. Secara purata, rawatan pendakap gigi mengambil masa kira-kira dua tahun untuk diselesaikan.

Tetapi ia bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh gigi setiap pesakit. Sesetengah pesakit boleh menamatkan rawatan kurang daripada 12 bulan dan pesakit yang lain mungkin memerlukan tempoh masa sehingga tiga tahun.

Sumber: Cleveland Clinic, News Medical

The post Bukan Suka-Suka Je Pakai, Ketahui Dulu Apa Fungsi & Jenis ‘Braces’ Yang Ada appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*