Wanita Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Seluruh Kampung, Nak “Dating” Punya Pasal

putuskan bekalan elektrik nak dating

Wanita Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Seluruh Kampung, Nak “Dating” Punya Pasal

Seorang gadis muda dari negeri Bihar, India dilaporkan nekad mematikan bekalan elektrik di seluruh kampungnya semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya dari kampung sebelah, lapor Oddity Central.

Penduduk Bettiah, sebuah perkampungan di daerah Champaran Barat Bihar itu dikatakan berada dalam kerisauan akibat gangguan bekalan elektrik yang berlaku hampir lebih seminggu dan setiap malam.

Mereka khuatir bahawa keadaan kampung yang gelap bakal membuka peluang untuk pencuri melakukan perbuatan jahat mereka.

Oleh itu, penduduk kemudiannya telah merayu kepada syarikat elektrik untuk membetulkan rangkaian mereka yang terjejas.

Namun wakil syarikat itu memaklumkan bahawa masalah itu bukan berpunca daripada rangkaian syarikat.

Tiada siapa yang memahami tentang gangguan elektrik tersebut sehinggalah pada suatu malam, penduduk tempatan berjaya menangkap pasangan muda yang bertemu di dalam kegelapan.

Ternyata punca kepada masalah itu akhirnya diketahui, di mana gadis tempatan yang berasal daripada kampung itu didakwa mematikan kuasa elektrik yang dibekalkan ke kampungnya.

Hampir setiap malam bekalan elektrik dipotong

“Gadis itu pernah memotong bekalan elektrik di kampung setiap malam dan menyebabkan banyak kecurian dilaporkan berlaku di kampung itu. Kami susah disebabkan gadis itu,” kata seorang penduduk kepada India Today.

Sebuah video yang tular di media sosial India menunjukkan gadis itu cuba mempertahankan kekasihnya. Gadis itu melindungi kekasihnya selepas penduduk kampung mengancam untuk memukulnya.

Namun menurut media tempatan, lelaki itu berjaya melarikan diri dan kemudian membalas dendam terhadap penyerangnya dengan bantuan rakan-rakan dari kampungnya.

BACA: “Surat Ni Tak Boleh Buka,” Lelaki Ajar Cara Daftar Nama Anak “Step By Step” Di JPN 

Bagi mengakhiri permasalahan itu, penduduk kedua-dua kampung itu kemudiannya memutuskan bahawa pasangan muda itu harus berkahwin. Perkahwinan bagi pasangan itu kemudiannya telah dijalankan di sebuah kuil tempatan.

Sementara itu, strategi yang dilakukan gadis itu dipercayai telah diilhamkan daripada sebuah kejadian yang menjadi tajuk utama sebuah berita pada tahun lalu.

Dalam kejadian itu, seorang juruelektrik lelaki telah memotong kuasa elektrik di kampung halamannya hanya untuk bertemu teman wanitanya secara rahsia.

Sumber: Oddity Central

The post Wanita Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Seluruh Kampung, Nak “Dating” Punya Pasal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*