CAAM Sahkan Penerbangan MH2664 Ke Tawau Berpatah Balik

MH2664 berpatah balik tawau

CAAM Sahkan Penerbangan MH2664 Ke Tawau Berpatah Balik

PUTRAJAYA, 15 Mac (Bernama) — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan penerbangan Malaysia Airlines MH2664 yang dalam perjalanan ke Tawau pada hari ini, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud ketika dihubungi Bernama berkata CAAM telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) tentang insiden berkenaan.

“Saya dapat laporan daripada ATC. Laporan cuma cakap berpatah balik dan ‘tiada kejadian susulan’.

“Syarikat akan bagi laporan terperinci dalam masa 48 jam kepada CAAM,” katanya.

Berdasarkan maklumat dipaparkan laman web www.flightaware.com, penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.

Pesawat itu dilaporkan berlegar-legar di ruang udara di Pahang sebelum tiba di KLIA pukul 5.07 petang.

Setakat 8.30 malam, MAS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu.

BACA: Isu Kurma Dari Israel, Syarikat Matahari Mohon Maaf

Sumber: Bernama

The post CAAM Sahkan Penerbangan MH2664 Ke Tawau Berpatah Balik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*