Cahaya Misteri Dirakam Muncul Sebelum Kejadian Gempa Bumi Di Maghribi

cahaya misteri maghribi

Cahaya Misteri Dirakam Muncul Sebelum Kejadian Gempa Bumi Di Maghribi

Satu rakaman yang memaparkan kejadian cahaya misteri sebelum kejadian gempa bumi kuat 6.8 magnitud menggegar Maghribi menjadi tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, penampakan cahaya yang tidak dikenal pasti itu dapat dilihat dengan jelas.

Kemunculan cahaya misteri itu kemudiannya telah mencetuskan pelbagai teori daripada orang ramai.

Sementara itu, Profesor Karen Daniels, ahli fizik di North Carolina State University telah tampil menjawab persoalan berkenaan fenomena itu.

“Orang ramai sering tertanya-tanya tentang keadaan itu. Ia boleh disebut sebagai cahaya gempa bumi dan berlaku di tapak tekanan seismik,” ujarnya.

Menurut beliau, cahaya itu sangat sukar untuk dikaji kerana kejadian gempa sukar untuk diramalkan.

Pada 2014 lalu, penyelidik telah menerima laporan berkenaan penemuan fenomena ‘cahaya udara’ itu.

Ia melibatkan 65 kejadian gempa di Eropah dan Amerika ketika abad ke-18, ke-19 dan ke-20.

“Ada cahaya yang berlaku selama beberapa minit dan seperti kilat serta muncul dalam warna berbeza,” kata ahli seismologi di Boston College, Profesor John Ebel.

Selain itu, salah satu hipotesis yang popular berkenaan fenomena itu ialah ia berkait dengan geseran antara plat tektonik yang kemudiannya telah menjana elektrik.

Namun, pakar telah mempersoalkan kebenaran berkenaan hipotesis tersebut.

Memetik Wion News, difahamkan laporan mengenai cahaya gempa bumi itu telah berterusan selama berabad-abad.

Dengan kemajuan dalam teknologi moden, manusia juga telah berjaya mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan fenomena tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Kejadian cahaya ini sering dikaitkan dengan aktiviti seismik atau fenomena cakerawala.

Kejadian itu tidak berlaku setiap masa tetapi ia kelihatan berdekatan dengan masa dan pusat gempa bumi, di mana tekanan tektonik paling ketara.

Kejadian pertama seumpama itu telah berjaya dirakam oleh kamera pada tahun 1965 ketika gempa bumi di Jepun.

Selepas itu, fenomena serupa turut berlaku di China pada 2008, Itali pada 2009 dan Mexico pada 2017.

Sumber: Sinar Harian, Wion News

The post Cahaya Misteri Dirakam Muncul Sebelum Kejadian Gempa Bumi Di Maghribi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*