Cara Bantu Orang Yang Mengalami Sawan

Cara Bantu Orang Yang Mengalami Sawan

Sekiranya anda berada bersama seseorang dan mereka secara tiba-tiba mengalami sawan, anda mungkin akan panik.

Panik kerana kebanyakan orang tidak mengetahui cara untuk membantu seseorang yang mengalami sawan.

Sawan ini boleh terjadi kepada sesiapa saja, terutama sekali mereka yang mempunyai epilepsy. Jadi, anda harus mengetahui cara untuk membantu mereka.

Sebelum itu, anda perlulah mengetahui jenis sawan yang boleh berlaku dan tahap kecemasan bagi setiap jenis itu.

Dua Jenis Sawan, Tahap Kecemasan Yang Berbeza

Sawan mempunyai dua jenis yang utama. Jenis yang pertama adalah focal onset seizures, di mana sawan ini bermula dari satu bahagian otak anda. Apabila ia berlaku, tangan seseorang itu akan bergerak dan muka mereka kelihatan tegang.

Pada ketika itu, mereka masih berada dalam keadaan yang sedar, tetapi mereka tidak boleh mengawal pergerakan badan mereka.

Apabila sawan itu berlarutan, mereka akan mula termenung dan selepas itu mereka tidak akan mengingati apa-apa.

Kedua pula adalah generalized seizures, ia melibatkan beberapa bahagian dalam otak dalam satu masa yang sama. Kebiasaannya, mereka yang mengalaminya tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan jenis sawan yang diketahui berada dalam generalized tonic-clonic seizures yang juga dikenali sebagai grand mal seizure.

Seseorang yang mengalami grand mal seizure akan melalui beberapa tahap. Mula-mula, mereka akan berada dalam keadaan di mana mereka tidak memberikan sebarang tindak balas.

Contohnya, mereka tidak menjawab apabila dipanggil atau mereka tidak mempunyai reaksi apabila anda melambaikan tangan anda di hadapan muka mereka. Mereka juga akan rebah secara tiba-tiba.

Otot mereka menjadi tegang dan mereka seperti menjadi kaku. Ini merupakan fasa tonic dan ia boleh berlaku selama beberapa saat.

Seterusnya, badan mereka tiba-tiba bergerak secara tersentak dan ia boleh berlaku dalam beberapa saat atau beberapa saat. Ini adalah fasa clonic.

Kemudian, pergerakan mereka akan terhenti dan mereka akan kembali sedar. Tetapi, mereka mungkin berada dalam keadaan keliru.

Generalized tonic-clonic seizure ini berbahaya kerana seseorang itu akan berada dalam keadaan tidak sedar.

Ini bermaksud mereka mempunyai risiko untuk membahayakan diri mereka kerana mereka tidak boleh melindungi diri daripada bahaya. Kebiasaannya, mereka yang mengalaminya perlu dibawa ke wad kecemasan.

Jenis ketiga adalah sawan yang lebih ringan berbanding yang lain. Ia merujuk kepada tempoh yang sekejap di mana seseorang itu termenung atau tangan dan kaki mereka bergerak.

Ia bukan satu kecemasan, tetapi anda perlu memastikan mereka berada di tempat yang lebih selamat.

Cara Memberi Pertolongan Cemas

Untuk membantu mereka yang mengalami sawan, perkara utama yang anda perlu pastikan adalah menjauhkan orang lain daripada mereka.

Seterusnya, sekiranya mereka berada berdekatan dengan sesuatu yang keras atau tajam, anda perlu menjauhkan barangan tersebut.

Apabila mereka terkena sawan, anda tidak boleh menahan mereka ataupun menghentikan pergerakan yang dilakukan oleh mereka.

Sebaliknya, anda perlu baringkan mereka secara mengiring, ia akan membantu untuk memastikan saluran pernafasan mereka tidak tersekat.

Dari mula sawan itu berlaku, anda perlu pastikan tempoh sawan itu berlaku. Sekiranya ia berlaku lebih daripada lima minit, anda perlu telefon talian kecemasan.

Anda juga tidak boleh meletakkan apa-apa di dalam mulut mereka. Mereka mungkin akan merosakkan gigi mereka ataupun menggigit anda.

Rescue Medications

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa ubatan dan rawatan yang boleh digunakan dalam keadaan yang tertentu.

Ubatan ini dipanggil sebagai rescue medications dan ia bukanlah ubat yang perlu diambil harian. Sebaliknya, ia hanya perlu diambil dalam waktu kecemasan saja untuk menghentikan sawan dengan segera.

Ubatan ini juga boleh diambil melalui hidung di mana ubat itu akan disemburkan ke dalam hidung anda. Terdapat juga ubat pil untuk ditelan dan ubat yang diletakkan di bawah lidah supaya ia larut.

Ada juga ubat yang diambil secara bucally di mana ubat itu diletak di antara pipi dan gusi untuk dilarutkan. Cara yang terakhir adalah memasukkan ubat gel melalui dubur.

Ubat yang sering digunakan adalah ubat benzodiazepines kerana ubat inilah yang paling pantas memasuki saluran darah dan dibawa ke otak untuk menghentikan sawan.

Ubat ini termasuklah, diazepam yang diberi melalui mulut sekiranya mereka masih berada dalam keadaan sedar, valtoco untuk semburan hidung, diastat yang diberi secara rektal iaitu melalui dubur dan lorazepam yang diberi untuk ditelan atau dilarutkan di bawah lidah.

Selain itu, terdapat juga ubat midazolam yang boleh diberi secara semburan hidung (nayzilam), dilarutkan antara pipi dan gusi, dan juga ditelan.

Sekiranya anda kerap mengalami sawan atau mengenali seseorang yang mengalaminya, anda perlu menghubungi doktor untuk mengetahui rawatan yang manakah yang sesuai untuk jenis sawan yang dialami.

Sumber: WebMD

BACA JUGA: Sayu, Pekerja Kedai Jumpa Kucing Dalam Luggage

The post Cara Bantu Orang Yang Mengalami Sawan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*