Cara Buat Ayam Gunting Seakan ‘Uncle Bob’

Cara Buat Ayam Gunting Seakan ‘Uncle Bob’

Setiap kali musim hujan, kebanyakan orang akan menggemari makanan berkuah yang panas. Lebih-lebih lagi apabila mereka dapat menghirup kuah itu ketika cuaca agak sejuk. Rasa hangat dan nikmat apabila dapat makan makanan berkuah pada waktu itu, kan?

Selain daripada hidangan berkuah seperti sup, tomyam, mihun sup, mihum tomyam, mi kari dan sebagainya, ada juga hidangan lain yang sedap dimakan ketika waktu hujan. Contohnya, hidangan bergoreng seperti pisang goreng, keropok lekor, mi goreng, dan yang paling digemari, ayam gunting.

Kebelakangan ini, ayam gunting ni macam susah pula nak jumpa, kan? Mungkin anda berada di kawasan yang tidak menjualnya. Jadi, kalau anda craving nak makan ayam gunting, marilah cuba resipi ayam gunting ini!

Bahan-Bahan

Bahan yang utama sudah mestilah ayam. Tetapi, ayam bahagian apa yang sesuai untuk dijadikan sebagai ayam gunting? Anda boleh gunakan ayam bahagian dada untuk membuat ayam gunting ini.

Seterusnya, anda perlukan beberapa bahan lain yang digunakan untuk perap ayam itu. Bahan-bahannya adalah, dua sudu besar sos tiram, setengah sudu besar serbuk bawang putih, tiga perempat sudu besar paprika, satu sudu kecil lada putih dan satu sudu kecil garam.

Selain itu, anda juga memerlukan tepung Bestari untuk menyalut ayam yang telah diperap nanti. Anda memerlukan tepung yang kering sebanyak satu cawan dan juga setengah cawan tepung yang dicampur satu perempat cawan air.

Cara-Cara Membuat Ayam Gunting

Mula-mula, anda potongkan ayam bahagian dada itu menjadi separuh dan perapkan bersama bahan-bahan yang telah dinyatakan. Pastikan bahan-bahan perap itu diratakan diseluruh bahagian ayam.

Setelah diperap, anda salutkan pula dengan tepung kering dan tepung dicampur air. Anda boleh menggunakan langkah kering-basah-kering untuk menyalut ayam itu.

Setelah disalut dengan rata, anda gorengkan ayam itu dengan api yang panas. Balikkan ayam supaya kedua-dua bahagian ayam itu digoreng sepenuhnya. Gorengkan ayam selama 8 hingga 10 minit.

Kemudian, anda boleh angkat ayam itu dan gunting kecil-kecil ke dalam mangkuk ataupun bekas yang bersesuaian. Apabila anda sudah mengguntingkan ayam, anda tambahkan lada putih dan paprika secukup rasa sebagai perasa ayam gunting itu.

Goncangkan bekas atau mangkuk supaya perasa itu sebati dengan ayam. Haa, selepas itu barulah anda boleh menjamu selera! Ayam gunting ini sedap dimakan ketika ia masih panas. Selamat mencuba!

@hazwancooks

Episode 15 : Ayam Goreng Uncle Bob 🤤🔥🍗 Ingredients : Ayam bahagian dada 2 sudu sos tiram 1/2 sudu garlic powder 3/4sudu paprika 1 sk pepper 1/2 sk Garam Dry : 1 cawan tepung Bestari Wet : 1/4 cawan air 1/2 cawan tepung bestari Seasoning: 1/4 sudu White pepper 1/2 sudu Paprika #hazwancooks #ayamgorengunclebob #ayamgoreng

♬ original sound – Hazwan Ramli – Hazwan Ramli

Sumber: hazwancooks via TikTok

BACA JUGA: Kanak-Kanak Tersalah ‘Flight’, Tiba Di Orlando Seorang Diri

The post Cara Buat Ayam Gunting Seakan ‘Uncle Bob’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*