MADAD Cadang Sedia Van Khas Murid, Lepas Subuh Terus Hantar Ke Sekolah

madad van khas murid

MADAD Cadang Sedia Van Khas Murid, Lepas Subuh Terus Hantar Ke Sekolah

Murtadha Dakwah Centre (MADAD) bercadang mahu menyediakan van khas di masjidnya bagi menghantar murid ke terus ke sekolah selepas subuh.

Menurut Pengarah Urusan MADAD Centre, Ustaz Yaakub Yusra, usaha itu digerakkan sebagai sebahagian daripada kempen mengimarahkan masjid.

Ia juga selari dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat, sebuah inisiatif yang digerakkan bersama dengan penyanyi, Alif Satar.

Objektif utama inisiatif tersebut juga mahu memudahkan masa ibu bapa bersama anak-anak terutamanya mereka yang bekerja.

“Pagi ni buat makluman untuk kita usahakan van sekolah khas dari masjid, maksudnya mak ayah datang solat dengan anak, kemudian kita yang akan hantarkan anak-anak mereka ke sekolah.

“Apa salahnya kita manfaatkan duit masjid untuk kegunaan anak-anak tempatan atau khariah kan.

“Secara tak lansung meringankan beban mereka dan memudahkan urusan nak berkejar ke tempat kerja dan sekolah anak.

“Ambil data dahulu untuk tengok fasa pertama ini mungkin kita mulakan untuk beberapa sekolah terlebih dahulu, ikut kemampuan yang boleh.

“Secara tak lansung bina habit baru 1 keluarga untuk datang masjid mulakan dengan solat berjemaah,” kata beliau dalam satu hantaran Facebook.

Menurutnya, selepas dikaji rata-rata ibu bapa yang tidak sempat menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid menyatakan mereka mempunyai masa yang terhad pada waktu pagi.

Beliau berkata perkara itu dapat difahami memandangkan waktu Subuh masuk agak lewat di Kedah dan biasanya solat berjemaah di masjid selesai pada 6.44 pagi.

“Jadi nanti kalau ada van khas, budak-budak selesai sahaja solat semua terus masuk dalam van mengikut sekolah-sekolah yang di kelaskan mengikut pangkalan data.

“Sampai Insha-Allah sebelum 7.30 pagi ke sekolah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Idea ini juga sebenarnya turut boleh dilaksanakan oleh semua masjid di khariah masing-masing.

Ustaz Yaakub berkata dari segi kemampuan pula pihaknya mencadangkan dua inisiatif yang boleh digunakan untuk membantu meringankan beban ibu bapa.

BACA: #GengSubuhMacamJumaat Hari 181 Hampir “Full House”

Katanya, pihak masjid boleh menyediakan bantuan kepada golongan asnaf seperti menanggung bayaran pengangkutan ke sekolah.

Manakala yang kedua pula, masjid-masjid dan surau-surau digalakkan untuk menyewa van sekolah yang tidak beroperasi berbanding membeli kenderaan yang baharu.

“Pelaksanaan van sekolah masjid tidak mudah tetapi tidak mustahil.

“Semua masjid dan surau kena mainkan peranan untuk anak khariah suka menjejakkan kaki ke masjid,” ujarnya.

Untuk tujuan tersebut katanya, masjid dan surau juga boleh melantik kakitangan tetap untuk menguruskan dan mengumpul data pelajar-pelajar sasaran.

Sumber: Mohammad Yaakub Yusra/Facebook

The post MADAD Cadang Sedia Van Khas Murid, Lepas Subuh Terus Hantar Ke Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*