Cara Terbaik Tanam Serai, Jom Cuba Tips Ini

Cara Terbaik Tanam Serai, Jom Cuba Tips Ini!

Ada tak yang dekat sini suka gunakan serai dalam masakan? Lagi-lagi untuk menambahkan bau pada masakan seperti tomyam, singgang, sambal dan lain-lain.

Sesetengah orang akan beli serai di kedai untuk digunakan kemudian. Tapi, ada juga yang lebih gemar menanam serai sendiri. Terutama sekali kerana serai amat mudah untuk hidup jika ditanam.

Namun, apakah cara yang terbaik untuk menanam serai? Ikuti perkongsian daripada En. Tariq Syahman tentang cara-cara menanam serai.

Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan kat akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni. Hahaa..
Kat dalam gambar ni – yang dah siap bersih tu saya hantar kat dia, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula lepas ni.
Ni saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.

Cara Tanam Serai

1. Untuk benih serai ni saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawah dia tu.
2. Bila dah ditanam, dia akan keluarkan daun baru & bahagian tu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Lepas tu dia akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.
3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – dia dah mati dah sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.
4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.
5. Ada yang nasihatkan masa tanam tu kena condongkan batang dia jadi anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.
6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ni akar serai tu belum cukup matang. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar dia. Siram bila cuaca terlalu kering saja.
7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.
8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daun dia. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batang dia akan jadi kurus.
9. Untuk yang tanam kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batang dia tu gemuk-gemuk, berat dan padu.
10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun tu. Untuk yang duduk kat kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam ajaaa..tak ada lah ular tu nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.
Perkongsian yang sangat mudah difahami, kan? Kepada yang nak mencuba untuk tanam serai sendiri, semoga berjaya!

The post Cara Terbaik Tanam Serai, Jom Cuba Tips Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*