“Tempat Terakhir Dikesan Adalah…” Ini Cara Pasukan Penyelamat Lakukan Operasi SAR Di Turkiye

operasi sar turkiye

“Tempat Terakhir Dikesan Adalah…” Ini Cara Pasukan Penyelamat Lakukan Operasi SAR Di Turkiye

Pada Isnin lalu, dunia digemparkan dengan satu bencana yang menimpa Turkiye hingga meragut ribuan nyawa penduduk di negara itu.

Satu gempa bumi bermagnitud 7.8 telah melanda selatan Turkiye di daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan kira-kira lebih 12,000 jumlah korban dilaporkan, menurut Anadolu.

Susulan itu, banyak negara di seluruh dunia bertindak menghantar pasukan keselamatan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi.

Bagaimanapun, ada segelintir orang ramai yang berada di kawasan terjejas mendakwa operasi SAR di Turkiye yang dilakukan menjadi ‘perlahan’.

Ada juga di antara mereka yang terpaksa menggali dengan tangan kosong untuk mencari saudara mara yang tertimbus akibat runtuhan bangunan.

Sementara itu, mungkin ramai yang terfikir bagaimanakah SAR besar-besaran dilakukan di tapak bencana gempa bumi Turkiye?

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Proses permulaan operasi SAR

Memetik BBC, perkara pertama yang akan dilakukan oleh pasukan penyelamat setibanya di kejadian gempa bumi adalah dengan menilai bangunan runtuh yang paling ramai orang terperangkap.

Mereka bermula dengan mencari ‘lompang’ di mana ia terletak di kawasan konkrit atau ruang tangga mangsa yang terselamat boleh ditemui.

Pasukan penyelamat turut mengambil kira kebarangkalian kekukuhan bangunan termasuk dengan bahaya lain seperti kebocoran gas, banjir dan barang berbahaya iaitu asbestos di bumbung.

Semasa penyelamat cuba menyelamatkan mangsa terselamat, petugas sokongan akan melakukan tugas lain seperti memerhatikan pergerakan bangunan dan bunyi aneh yang berlaku.

Tempat terakhir yang akan dikesan ialah bangunan yang ranap dan runtuh sepenuhnya kerana kemungkinan untuk mencari mangsa yang terselamat adalah sangat tipis.

Selain itu, kerja-kerja pasukan penyelamat akan diselaraskan oleh agensi, biasanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara tuan rumah.

Penyelamat kebiasaannya dilatih khas dan bekerja secara berpasangan atau pasukan yang lebih besar yang turut terlibat oleh penduduk tempatan.

Peralatan yang digunakan oleh pasukan penyelamat

Kredit: AFP

Sementara itu, bagi mengalihkan benda yang besar dan berat, pasukan penyelamat akan menggunakan jentera berat termasuk penggali dan bicu hidraulik.

Konkrit besar di bahagian luar bangunan boleh ditarik ke tepi oleh penggali, membolehkan penyelamat melihat mana-mana mangsa yang terperangkap di dalam.

Jentera itu juga membantu penyelamat untuk melalui celahan bangunan untuk mengesan mangsa yang terselamat.

Mengesan bunyi mangsa

Dalam pada itu, pasukan penyelamat juga akan mencari mangsa-mangsa bencana di sebalik runtuhan dengan menggunakan kaedah bunyi.

Difahamkan, peralatan video canggih (dan peranti berkaitan) diletakkan di hujung tiang (peranti) supaya bunyi itu dapat dikesan oleh pakar bunyi dengan jarak dekat.

Semasa melakukannya, pasukan penyelamat perlu berdiam diri manakala pakar akan mengetuk tiga kali dan berharap dapat mendengar respon daripada mangsa.

Selain itu, mereka menggunakan pengesan karbon dioksida untuk mencari mangsa yang masih hidup namun tidak dapat sedarkan diri (pengsan).

Difahamkan alatan itu cukup berfungsi dengan baik dalam ruang terkurung dan kecil, di mana ia mengesan kepekatan karbon dioksida daripada mangsa semasa bernafas.

Di samping itu, semasa bencana pasukan penyelamat akan menggunakan peralatan pengimejan terma untuk mengesan mangsa yang tersembunyi.

Tugas anjing penyelamat

Kredit: Setiausaha Perhubungan Luar Mexico

Selain daripada bantuan kemanusiaan dan pasukan penyelamat, anjing penyelamat juga akan membantu operasi SAR.

Lebih lagi apabila ia melibatkan manusia dalam kejadian atau bencana.

Anjing tersebut akan menggunakan deria bau mereka dan boleh menangkap ‘tanda’ yang tidak dapat dilakukan oleh manusia.

Anjing tersebut merupakan haiwan terlatih, oleh itu mereka telah diajar cara bagaimana untuk menangkap ‘signal’ itu.

Di samping itu, anjing juga dapat melakukan tugas yang baik di kawasan yang luas dan secara tidak langsung mempercepatkan proses SAR.

Bantu tanpa guna peralatan, tetapi dengan tangan kosong

Kredit: AFP

Kebiasaannya, pasukan penyelamat akan menggunakan tangan mereka dengan peralatan yang kecil seperti tukul, beliung, penyodok, gergaji rantai dan lain-lain, sekiranya tapak struktur bangunan besar telah dialihkan.

Semasa melakukan kerja tersebut, mereka akan menggunakan peralatan perlindungan termasuk topi keledar dan sarung tangan untuk melindungi tangan mereka semasa mereka mengeluarkan kepingan runtuhan.

Bagaimanapun, berbeza pula keadaan di Turkiye, ada sebahagian penduduk tempatan mula menggali runtuhan dengan tangan kosong sebelum usaha SAR bermula.

Penentuan operasi SAR ditamatkan

Keputusan untuk menentukan sesuatu operasi itu tamat akan dibuat oleh agensi penyelaras PBB, kerajaan pusat dan negara itu sendiri (tuan rumah).

Percubaan SAR biasanya ditangguhkan antara lima dan tujuh hari selepas bencana apabila tiada seorang pun ditemui hidup selama satu atau dua hari.

Sumber: BBC

BACA: SMART Bantu Mangsa Gempa Turkiye Diserang Sakit Jantung

The post “Tempat Terakhir Dikesan Adalah…” Ini Cara Pasukan Penyelamat Lakukan Operasi SAR Di Turkiye appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*