Lee Seung Gi & Lee Da In Bakal Berkahwin April Ini

Seung Gi Da In Berkahwin

Lee Seung Gi & Lee Da In Bakal Berkahwin April Ini

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Seung Gi semalam berkongsi satu berita gembira bersama peminatnya. Menerusi satu hantaran di Instagram, dia memaklumkan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi bersama selebriti tempatan, Lee Da In.

”Hari ini, saya ingin berkongsi satu berita yang penting dalam hidup saya bersama anda semua.

”Bermula dari saat ini, saya memutuskan untuk menghabiskan sisa umur dengan Lee Da In, iaitu wanita yang saya cintai. Bukan sekadar sebagai pasangan kekasih, tetapi sebagai suami isteri.

”Saya telah pun melamarnya dan dia sudi menerimanya. Perkahwinan kami akan berlangsung pada 7 April ini,” katanya.

Pelakon yang terkenal menerusi beberapa drama itu antaranya Mouse dan Vagabond berkata, dia sangat gembira dan kini sudah mempunyai tanggungjawab untuk digalas.

”Lee Da In adalah seorang wanita yang penuh dengan kasih sayang. Jelas, dia adalah wanita yang saya mahu berada di sisi saya buat selama-lamanya.

”Kami ingin berkongsi hidup ini, saat senang dan sukar bersama-sama. Apa pun cabaran yang mendatang, kami mahu tempuhi bersama tanpa meninggalkan satu sama lain,” katanya lagi.

Minta semua doakan kebahagiaan mereka

Di akhir hantaran tersebut, pelakon itu turut berharap semua pihak menerima keputusan mereka dan mendoakan kebahagian rumah tangga yang dibina.

Kredit: @leeseunggi.official/Instagram

Difahamkan, Seung Gi dan Da In telah pun menjalinkan hubungan intim sejak tiga tahun lepas dan merancang untuk berkahwin April ini.

Seung gi merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Because You’re My Woman dan Will You Marry Me.

Dalam kerjaya lakonan pula, beliau turut membintangi beberapa drama popular seperti My Girlfriend is a Gumiho (2010) pada dan Shining Inheritance (2009). Seung gi juga merupakan pelakon utama rancangan aneka ragam, 2 Days 1 Night (2007).

Manakala, Lee Da-in merupakan pelakon drama Alice yang ditayangkan pada 2020, serta drama Hwarang: The Poet Warrior Youth (2016). Beliau juga merupakan anak kedua kepada pelakon veteran Kyeon Mi-ri.

BACA: SAR Komando Dikhuatiri Lemas Di Pulau Undan Diteruskan Pagi Ini

Sumber: Soompi, Mothership.sg, @leeseunggi.officia via Instagram

The post Lee Seung Gi & Lee Da In Bakal Berkahwin April Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*