Mayat Ditanam Belakang Rumah: Sebar Gambar Bogel Punca Lelaki Dibunuh

sebar gambar bogel

Mayat Ditanam Belakang Rumah: Sebar Gambar Bogel Punca Lelaki Dibunuh

Motif pembunuhan seorang lelaki sebelum mayatnya ditemukan ditanam belakang sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang pada 23 Disember lalu adalah disebabkan tidak berpuas hati penyebaran gambar bogel rakan tertuduh oleh mangsa, kata polis, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, seramai lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 46 tahun telah ditahan oleh polis ekoran kejadian tersebut.

“Kesemua suspek dituduh di Mahkamah Selayang pada hari ini (Khamis).

“Motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Jelas beliau, dua suspek telah dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan manakala lima suspek yang selebihnya telah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh.

BACA: Lelaki Maut Ketika Bergaduh, Mayat Ditanam Belakang Rumah

“Kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari mulai 24 Disember hingga esok (Jumaat) bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti,” ujarnya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan seorang lelaki maut dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya sebelum mayatnya ditanam di kawasan semak di belakang rumah keluarga wanita itu di Sungai Choh, Rawang.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Bot Nelayan Karam Dilanggar Jerung Paus Di Langkawi

The post Mayat Ditanam Belakang Rumah: Sebar Gambar Bogel Punca Lelaki Dibunuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*