Chandrayaan-3: Modul Penggerak Misi Bulan India Kembali Ke Orbit Bumi

modul kembali bumi

Chandrayaan-3: Modul Penggerak Misi Bulan India Kembali Ke Orbit Bumi

Roket pertama yang dihantar Agensi Angkasa India (ISRO) ke Bulan, Chandrayaan-3 telah selamat kembali ke Bumi selepas berjaya melakar sejarah pertamanya dengan mendarat di sana baru-baru ini, lapor CNN.

Selepas beberapa siri pergerakan yang kompleks, modul penggerak roket misi itu dilapor telah memasuki semula ke Bumi.

Pelepasan modul penggerak Chandrayaan-3 ke Bulan merupakan percubaan yang penting untuk ISRO dalam melaksanakan rancangannya membawa misi berawak pada masa hadapan.

Agensi itu turut mengatakan bahawa selepas ia beroperasi di orbit Bulan selama sebulan, modul tersebut masih mempunyai lebih daripada 100 kilogram (kg) bahan api.

ISRO kemudianya memutuskan untuk menggunakannya dalam beberapa eksperimen unik yang akan membantu memberikan maklumat tambahan untuk misi Bulan pada masa hadapan.

Bekas saintis Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) dan pengasas bersama Stem and Space, Mila Mitra berkata apabila pendarat Chandrayaan-3 berpisah dengan modul penggeraknya, ia berada dalam orbit yang sangat ‘ketat’ mengelilingi Bulan.

Perjalanan pergerakan kompleks modul itu bermula pada 9 Oktober dan langkah pertamanya melibatkan peningkatan orbit daripada 150 kilometer (km) kepada 5,112km.

Dalam kenyataan akhbar, ISRO berkata modul itu mengorbit Bulan beberapa kali sebelum keluar dari ‘laluannya’ pada 10 November.

Difahamkan, modul penggerak yang sebelum ini berlepas dari Vikram ke Bulan telah selamat mendarat ke Bulan pada 23 Ogos lalu.

BACA: SpaceX Lancar 22 Satelit Starlink Ke Orbit

Ketika pendarat yang membawa rover Pragyaan mendarat di Bulan, India menjadi negara pertama yang berjaya jejak di kawasan berhampiran kutub selatan Bulan yang kurang diterokai.

Pendarat dan rover menghabiskan dua minggu mengumpul data dan imej sebelum ia dimasukkan ke dalam mod tidur pada waktu malam.

Pendaratan itu secara tidak langsung membuatkan India menyertai kelab elit negara yang berjaya mendarat di Bulan selain Amerika Syarikat (US), bekas Kesatuan Soviet dan China.

Sementara itu, modul pendorongan terus mengorbit Bulan dengan memerhatikan Bumi melalui instrumen saintifik yang dibawanya Spectro-polarimetry of Habitable Planet Earth (SHAPE).

Susulan itu, maklumat yang didapati akan dihantar kepada ISRO bagi tujuan siasatan lanjut.

Sumber: CNN

The post Chandrayaan-3: Modul Penggerak Misi Bulan India Kembali Ke Orbit Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*