Penyelia Didakwa Tipu Jual Beli Tanah Tidak Wujud

penyelia jual beli tanah tidak wujud

Penyelia Didakwa Tipu Jual Beli Tanah Tidak Wujud

ALOR GAJAH, 24 Mei (Bernama) — Seorang penyelia syarikat pembersihan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas enam pertuduhan urusan jual beli lot tanah yang tidak wujud membabitkan nilai RM60,661.

Tertuduh, 41, didakwa memperdayakan enam individu yang merupakan kontraktor, pemandu lori, juruelektrik dan dua rakan sekerja dengan menawarkan penjualan lot-lot tanah di sekitar Alor Gajah dan Jasin pada harga murah sejak 2022.

Mangsa pertama berusia 40; mangsa kedua, 36; mangsa ketiga, 45; mangsa keempat, 53; mangsa kelima, 45, dan mangsa keenam, 42, mendakwa masing-masing kerugian antara RM2,051 hingga RM33,000.

BACA: “Apabila Dawai Bersilang…” Lelaki Kongsi Tips Kesan Air Bawah Tanah Guna Dua Bahan

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka dan di Taman Pengkalan Indah di sini antara Mei 2022 hingga 30 Mac lepas mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Sa’ari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin membenarkan jaminan RM28,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes, pengurusan dokumen serta lantikan peguam.

Sumber: BERNAMA

BACA: Jadi Trending, Netizen Pakat Kongsi Gambar Zuhrah & Bulan ‘Bertemu’ Malam ini

The post Penyelia Didakwa Tipu Jual Beli Tanah Tidak Wujud appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*