Hanya 9 Mata Beza Dengan Pendahulu Liga, Betul Ke United Teruk Musim Ini?

9 mata united teruk

Hanya 9 Mata Beza Dengan Pendahulu Liga, Betul Ke United Teruk Musim Ini?

Walaupun melalui permulaan yang kurang meyakinkan musim ini, Manchester United kini hanya sembilan mata dipisahkan dengan pendahulu liga, Arsenal. Awal pagi tadi, 16 pasukan mengharungi perlawanan ke-15 masing-masing musim untuk Liga Perdana Inggeris dan menyaksikan United mencatat tiga mata berharga tewaskan Chelsea.

United bermula garang dengan beberapa percubaan di kubu Chelsea sehingga dihadiahkan penalti pada minit kelapan. Namun, sepakan Hop Skip Bruno Fernandes ditampan penjaga gol Chelsea Robert Sanchez. United tidak berhenti setakat itu sehingga McTominay menjaringkan gol pertama Red Devil pada minit ke-19.

Sebelum rehat, Chelsea dengan kelincahan Palmer menyamakan kedudukan pada minit ke-45. Masuk babak kedua, United mengekalkan momentum serangan dan hasilnya pada minit ke-69, Scott McTominay sekali lagi menjaringkan gol menerusi tandukan hasil hantaran kemas Rasmus Hojlund. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.

9 mata united teruk
AFP

Betul Ke United Teruk Musim Ini?

Sehingga perlawanan ke-15, United mencatat 9 kemenangan, 6 kekalahan dan tiada keputusan seri. Kini skuad Eric Ten Hag itu berjaya mengumpul 27 mata dan hanya beza 9 mata dengan pendahulu liga, Arsenal dan tiga mata sahaja terpisah dengan juara bertahan, City.

Adakah benar Manchester United musim ini bermain teruk atau hanya cakap-cakap kosong sahaja? Kedudukan semasa liga musim ini jelas menunjukkan United tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan oleh segelintir peminat bola sepak.

Selepas tewas dengan Newcastle tempoh hari, ada desas-desus mengatakan Ten Hag sudah hilang peranan dalam bilik persalinan dan beberapa pemain sudah mula hilang hormat dengan pengendali dari Belanda itu. Ditambah pula dengan krisis dalaman hubungan beliau dengan Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang semakin dingin.

Marcus Rashford juga digugurkan dari kesebelasan utama menentang Chelsea awal pagi tadi dan Ten Hag menegaskan keputusan itu dibuat atas faktor prestasi Rashford yang kurang meyakinkan setakat ini. Rashford hanya menjaringkan dua gol musim ini dalam 18 penampilan dalam semua kejohanan.

BACA JUGA: Dah Cari Zayn Di Tempat Yang Sama Tapi Tak Jumpa

The post Hanya 9 Mata Beza Dengan Pendahulu Liga, Betul Ke United Teruk Musim Ini? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*