‘Cip’ Versi India, Kisah Ayah Nekad ‘Palam’ Jalan Berlubang Selepas Anak Maut Langgar Lopak

‘Lando Zawawi’ Versi India, Dadaroa Billhore Turap Jalan Berlubang Demi Anaknya

Kalau di Malaysia, kita sering mendengar kisah Lando Zawawi bersama kumpulan ‘Brotherhood’ yang sering dilihat membaiki jalan raya yang berlubang secara sukarela pada waktu malam.

Di salah sebuah negara Asia Selatan pula, tugasan murni ini telah dilakukan oleh seorang penjual sayur bernama Dadaroa Billhore.

Sehingga ke hari ini, dia banyak meluangkan masa untuk kerja-kerja amal bagi menyelamatkan nyawa orang tidak bersalah dengan menutup lubang-lubang jalan di Mumbai, India.

Kredit: Facebook

Namun, kisah sebenar yang menjadi pemangkin semangat Billhore untuk terus melakukan kerja-kerja amal ini amat menyedihkan sebenarnya.

Katanya, usaha murni ini didedikasikan kepada anak lelaki yang sudah meninggal dunia, disebabkan kemalangan yang berpunca dari jalan berlubang pada 2015.

“Saya telah kehilangan anak lelaki saya. Jadi, tiada sesiapa yang patut kehilangan anaknya lagi selepas ini. Maka, saya mula mengambil langkah ke hadapan dengan menurap semua lubang pada jalan. Saya tak mahu menangis, saya belajar untuk berjuang,” jelas Dadarao Bilhore menerusi video YoursWisely.

Kredit: Facebook

Seperti Lando Zawawi and Brotherhood, Dadaroa Billhore tidak meminta bantuan daripada kerajaan untuk melaksanakan misinya dan menggunakan wangnya sendiri.

Dia mendedahkan bahawa kerja-kerja sukarelawan tersebut tetap boleh diteruskan walaupun tidak mendapat sebarang dana daripada kerajaan.

Cumanya, dia menyimpan hasrat yang mahu melihat lebih ramai pihak yang tampil ke depan, mengambil tanggungjawab menjaga jalan raya di India. Katanya, apabila jalan terjaga dan kerosakan dibaiki segera, maka banyak nyawa yang dapat diselamatkan.

“Saya sedang menjalankan misi saya untuk membaiki jalan yang berlubang. Saya tidak akan berhenti selagi misi saya tidak berakhir. Dengan populasi lebih 1 bilion penduduk, dengan adanya 100,000 orang pun sudah cukup untuk menurap semua lubang pada jalan raya di seluruh India” katanya.

Menurut sumber, dia dikatakan telah menutup sekita 1,450 lubang di sekitar bandar Andheri.

Terdahulu, Lando Zawawi & Brotherhood sering tular di media sosial kerana menurap jalan yang berlubang secara percuma bagi memastikan nyawa rakyat terjaga. Dedikasi Lando dan pasukannya dipuji ramai kerana prihatin dan mendengar keluhan rakyat dengan memulihkan jalan yang sepatutnya dibuat oleh pihak berwajib.

BACA: Ramai Tak Tahu, Lando Zawawi Rupanya Graduan Universiti Australia

Kredit: The Indian Express

The post ‘Cip’ Versi India, Kisah Ayah Nekad ‘Palam’ Jalan Berlubang Selepas Anak Maut Langgar Lopak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*