Comel Tapi Bahaya, Kenali Kucing Hutan Paling Digeruni Ramai

Kucing Hutan bahaya

Comel Tapi Bahaya, Kenali Kucing Hutan Paling Digeruni Ramai

Sebut sahaja kucing, haiwan ini terkenal dengan sikap comel dan manja. Tidak hairan mengapa ia menjadi salah satu haiwan yang banyak dipelihara oleh sebahagian orang ramai.

Telatahnya yang tidak dijangka sentiasa mencuit hati sesiapa sahaja yang bersamanya lebih-lebih lagi bagi penggemar kucing.

Haiwan ini terdiri daripada pelbagai jenis warna dan spesies seperti British Short Hair (BSH), Semi Flat Face, Maincoon dan Persian dan banyak lagi. Kebiasaannya haiwan ini tinggal di dalam rumah bersama pemiliknya.

Berbeza dengan spesies kucing ini iaitu, kucing hutan. namun sesuai dengan namanya, habitat asal haiwan ini adalah di dalam hutan dan lebih liar berbanding kucing biasa.

Di Amerika Syarikat, tahukah anda sebenarnya kucing hutan dianggap merbahaya meskipun kelihatan comel. Tambahan lagi, beberapa video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan haiwan yang turut dikenali sebagai bobcat itu ditakuti oleh masyarakat di sana.

Adakah Kucing Hutan Bahaya? Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Kucing Comel Liar Ini?

Perlu dingatkan bahawa walaupun kucing hutan sekali pandang kelihatan comel seperti kucing biasa. Haiwan ini tergolong sebagai haiwan liar.

Gambar: Smithsonian’s National Zoo

Sekiranya anda bertemu dengan haiwan ini di sebalik denai atau semak-samun ketika mendaki, ia seperti anda sedang menceroboh kawasannya.

Bobcat boleh menjadi bahaya sama seperti haiwan liar lain.

BACA JUGA: Betul Ke Kucing Ada 9 Nyawa? Ini Fakta Daripada Kajian Yang Dilakukan

Menurut AZ Animals, kucing ini kebiasaannya akan mengelak dari bertemu dengan manusia dan tidak memulakan tindak balas sekiranya bertemu.

Walau bagaimanapun, ia boleh bertukar sebaliknya sekiranya haiwan ini berasakan diri mereka terancam.

Fakta Kucing Hutan (Bobcats)

Bobcat atau nama saintifknya, Lynx rufus merupakan sejenis kucing hutan.

Haiwan ini kebiasaannya tinggal (habitat) di hutan Amerika Utara, pergunungan serta kawasan yang dilitupi denai atau semak-samun.

Meskipun rupa parasnya yang comel dan berbulu gebu, keluarga kucing ini boleh membesar sehingga 18 paun (8 kilogram) hingga 35 paun (15 kilogram) bagi jantan. Manakala yang betina pula mencecah 30 paun (13 kilogram).

Kucing ini mampu mencapai panjang sekitar 24 inci (60 sentimeter) hingga 48 inci (1.2 meter). Manakala tinggi pula mencecah 18 inci (45 sentimeter) hingga 24 inci (60 sentimeter).

Kucing hutan ini memiliki warna keperangan dengan bintik-bintik gelap. Pada bahagian bawah perut kucing ini berwarna lebih cerah.

Ia juga tergolong dalam kumpulan haiwan pemangsa (karnivor) kerana memburu mamalia kecil dan burung atau reptilia.

Pada bulan Februari dan Mac merupakan tempoh mencari pasangan bagi kucing liar ini. Mengikut purata statistik mendedahkan seekor Bobcats mampu melahirkan dua hingga tiga ekor anak pada satu-satu masa.

Umumnya, anak yang masih kecil akan tinggal bersama ibunya selama 7 hingga 12 bulan.

Untuk makluman, haiwan ini mempunyai jangka hayat selama 10 hingga 15 tahun.

Kucing hutan ini seringkali ditemui di Amerika Syarikat, iaitu dari Mexico Selatan hingga Kanada Selatan Kanada.

Langkah Berjaga-Jaga Sekiranya Bertemu Dengan Kucing Hutan Ini

Gambar: Smithsonian’s National Zoo

Pertama, Jangan mendekati kucing hutan.

Kedua, jangan berada di belakangnya, sebaliknya. perlahan-lahan berundur berjalan ke arah berlawanan.

Ketiga, jangan cuba melakukan provokasi terhadap kucing ini meskipun kelihatan comel kerana boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini berlaku.

Ketiga, jika ia menerpa ke arah anda. simbah atau percikkan air ke arah haiwan tersebut. Sama seperti kucing lain, kucing hutan tidak sukakan air.

Keempat, hubungi kawalan haiwan jika anda melihat kucing hutan di kawasan terbuka atau perumahan.

Sumber: USA Today, The Nature Conservancy

The post Comel Tapi Bahaya, Kenali Kucing Hutan Paling Digeruni Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*