Mudah & Senang Tumbuh, Ini Cara Tanam Sayur Bayam Untuk “First Timer” 

Cara Tanam Bayam

Mudah & Senang Tumbuh, Ini Cara Tanam Sayur Bayam Untuk “First Timer” 

Sayur-sayuran merupakan tumbuhan hijau yang boleh dimakan oleh orang ramai. Setiap daripadanya mempunyai pelbagai khasiat tertentu seperti zat besi dan sebagainya. Hal ini terbukti apabila sayur-sayuran tergolong dalam piramid makanan.

Rata-rata tumbuhan ini mudah didapati di mana-mana termasuk kedai runcit, pasar raya dan sebagainya.

Namun, bagi yang mempunyai hobi dalam menanam pokok-pokok juga boleh menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di halaman rumah masing-masing.

Oleh itu, sebahagian orang mengambil inisiatif untuk menanam sendiri sayur-sayuran di rumah. Apatah lagi rata-rata penanaman sayur tidak perlu menggunakan modal yang besar.

Dalam masa yang sama, masyarakat dapat menjimatkan wang ringgit untuk membeli keperluan sayur-sayuran di kedai.

Antara sayur-sayuran yang sering ditanam oleh orang ramai termasuklah pokok cili, bendi, kadang botol, terung, kangkung, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang baru sahaja ingin berjinak-jinak dalam dunia penanaman boleh mula dengan menanam bayam.

Hal ini kerana sayur ini sering digunakan dalam masakan dan yang paling penting senang hidup dan cepat membesar.

Sehubungan itu, SK hari ini akan membawa sedikit perkongsian Abdul Qayyum berhubung cara menanam bayam. Ikuti perkongsian di bawah.

BACA JUGA: Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba

Gambar: Abdul Qayyum

Cara Tanam Sayur Bayam

Sapa-sapa yang baru cuba berkebun saya sangat rekemen tanam bayam. Senang hidup dan cepat tumbuh.

Pokok ni baru 3 minggu, dah nak boleh kutip. 

Medium yang saya guna ialah tanah: sekam: cocopeat, 1:1:1.

Baja boleh guna air beras atau npk. 

Cara Tanam

Cara Tanam Bayam
Gambar: Abdul Qayyum

Campur benih dengan tanah dalam bekas kecil @ gaul. Ini nak elak benih tumbuh terlalu dekat.

Tabur gaulan tadi atas medium. Kemudian tabur lapisan medium atas benih (ambil medium dari tapak tanam). 

Kemudian siram guna air yang semburan halus, jangan siram terus guna paip nanti abis benuh berterabur. Tutup medium dengan zink atau kain atau pelepah kelapa untuk bagi gelap. 

Dalam 3-4 hari pucuk akan keluar. Terus buang penutup atas untuk elak pokok lonjong.

Amalkan siram guna semburan halus 2 kali sehari, kalau malas cam saya sehari sekali pun ok, asalkan medium tak kering kontang.

Kalau tak paham boleh komen bawah. 

Sumber: Abdul Qayyum via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

The post Mudah & Senang Tumbuh, Ini Cara Tanam Sayur Bayam Untuk “First Timer”  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*