“Comelnyaaa”, Aksi Spontan DS Wan Azizah “Wish Birthday” PMX Curi Tumpuan Netizen

wan azizah anwar ibrahim selamat hari lahir

“Comelnyaaa”, Aksi Spontan DS Wan Azizah “Wish Birthday” PMX Curi Tumpuan Netizen

Hari ini merupakan hari kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke-76. Susulan itu, isterinya merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah turut menitipkan ucapan selamat hari jadi menerusi Twitter.

Dalam ciapan tersebut, Wan Azizah turut memuat naik bersama satu klip video pendek yang berdurasi 31 saat.

Ringkas tetapi padat, klip video tersebut menampilkan beberapa detik manis antara dua pemimpin utama negara itu menghabiskan masa bersama sejak sekian lama.

Pada awal video berkenaan, Wan Azizah sedang menunggu ketibaan Anwar Ibrahim dalam satu majlis keraian. Beliau mula melambaikan tangan dan menghulurkan salam apabila kelibat suaminya mula kelihatan didepannya.

Ketika Wan Azizah mahu menyalamnya, Anwar bertindak meletakkan tangannya pada bahagian belakangnya.

Kedua-duanya kelihatan sangat gembira apabila bersemuka antara satu sama lain. Hal ini jelas melalui raut wajah mereka yang tersenyum bahagia ketika menatap wajah-wajah masing-masing.

Seterusnya, klip video tersebut memaparkan gambar pasangan tersebut bersama cucu-cucunya, yang mana wajah mereka dikaburkan di dalam klip terbabit.

Aksi comel DS Wan Azizah ucap selamat hari dekat PMX tular

Gambar tersebut diiringi audio ucapan selamat hari lahir daripada cucu-cucunya yang sangat comel dan menyentuh jiwa.

“Selamat hari lahir Papa Tok. Kami sayang anda sangat-sangat.” ujar cucu-cucunya.

Ciapan tersebut turut disertai dengan kapsyen Wan Azizah yang mendoakan agar kehidupan Anwar dipenuhi dengan kasih sayang dan ketenteraman.

“Setahun meningkatnya umur. Semoga Allah izinkan dipenuhi mawaddah rahmah sakinah dalam iman dan taqwa..,”

Video berkenaan turut menarik perhatian warga maya yang merasakan momen tersebut sangat comel. Malah, mereka tidak ketinggalan mendoakan pemimpin negara tersebut supaya dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah berkahwin lebih dari 20 tahun

Terdahulu, Wan Azizah pernah menceritakan pertemuan pertamanya dengan suami tercinta, Anwar Ibrahim yang akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan.

Dalam temu bual yang dihoskan oleh Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin pada 2019, Wan Azizah secara spontan berkongsi cerita lama beliau ketika pertemuan tersebut.

“Tanpa pengetahuan saya, Anwar pernah melihat gambar saya, ketika itu, saya salah seorang yang belajar Bahasa Arab di Federation of Student Islamic Societies (FOSIS) in England & Ireland.

“Salah seorang kawan kami menyatakan bahawa mungkin kita boleh bertemu. Pada masa itu, Anwar dipilih sebagai salah seorang pemimpin belia untuk pergi ke Iran.

“Saya baru lepas on call dan kami berjumpa, di hospital. Bagaimanapun, lepas itu, dua minggu hilang. Ingatkan takda apa-apa dah.

“Namun, lepas pada itu, dia hantar keluarga untuk melamar,” kongsinya sambil mengingati detik-detik manis tersebut.

Jelas Azizah, antara daya penarik Anwar ketika itu ialah semangat yang dimilikinya untuk memajukan anak bangsa dan menjadi orang berguna serta menyumbang kepada negara Malaysia tercinta.

Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.

BACA: Kajian Dapati Individu Kerap “Up” Gambar Selfie Dengan Pasangan Mungkin Tak Sebahagia Disangkakan

Sumber: @drwanazizah via Twitter

The post “Comelnyaaa”, Aksi Spontan DS Wan Azizah “Wish Birthday” PMX Curi Tumpuan Netizen appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*