Ribut petir di tiga buah negeri sehingga malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan Amaran Ribut Petir melibatkan tiga buah negeri sehingga malam ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat adalah Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

“Amaran dikeluarkan hampir keseluruhan kawasan di negeri Melaka. Manakala di Negeri Sembilan pula, ia meliputi kawasan Port Dickson dan Rembau.

“Bagi negeri Johor, kawasan yang terlibat adalah daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru,” jelasnya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada laman web rasmi Jabatan di www.met.gov.my, media sosial rasmi serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan informasi terkini dan sahih.-KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir di tiga buah negeri sehingga malam ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*