‘Confirm Masuk Syurga Ke?’ – Harga RM35,000 Jadi Isu, Pengguna Twitter Dikecam Pertikai Pakej VVIP Umrah Bersama Neelofa & Haris

Nama Noor Neelofa menjadi kecoh di media sosial selepas tular pakej umrah bersama usahawan terkenal itu dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail.

Confirm masuk syurga ke?

Di laman Twitter, ada seorang pengguna yang mempertikaikan harga pakej umrah VVIP yang dianggap terlalu mahal dan keterlaluan.

Menerusi Omrah Travel, pakej VVIP selama 12 hari 10 malam itu keseluruhannya berharga RM35,000.

Tidak berpuas hati dengan harga tersebut, individu itu membuat ciapan yang berbunyi, “Wow RM35,000 ye umrah dengan Hajjah Neelofa, confirm syurga ke ini?”

Tolong cari point valid

Perbuatannya itu telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet lalu terus menerima kecaman. Ada peminat yang mengatakan tidak seharusnya dipertikaikan tentang harga kerana jemaah umrah mendapat layanan ‘first class.’

Selain itu, ada juga yang menyifatkan tidak wajar untuk memetik soal syurga kerana itu adalah urusan Allah SWT.

Dalam pada itu, pengikut juga menyelar dengan menegaskan pakej yang ditawarkan itu untuk individu dari golongan T20.

Sehingga artikel ini ditulis, ‘tweet’ itu sudah mendapat lebih 1.3 tontonan dan hampr 4,000 tanda suka (likes).

Sumber: Twitter 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*