48 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Ranau

PETALING JAYA – Seramai 48 mangsa ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Balai Polis Ranau, Sabah, yang mula dibuka pada hari ini.

Mengikut data yang dimuat naik di aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (InfobencanaJKM) setakat ini memaklumkan kesemua mereka terdiri daripada 15 keluarga.

“Ia melibatkan 10 orang lelaki dewasa, perempuan dewasa (21), kanak-kanak lelaki (lapan), kanak-kanak perempuan (enam), bayi lelaki dan bayi perempuan masing-masing dua dan seorang mangsa,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dilaman sesawangnya memberitahu amaran paras air bahaya dikeluarkan di Sungai Pegalan di Ansip, Keningau, Sabah dengan bacaan 275.32 meter (m).

“Manakala di Sawarak sungai pada tahap amaran dikeluarkan di Sungai Similajau, Bintulu pada bacaan 11.31 m,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post 48 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Ranau appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*