Covid-19 Di China Catat Penurunan Selepas Tahun Baru Cina

Covid-19 Di China Catat Penurunan

Penularan wabak Covid-19 di China dilapor berada pada tahap rendah sehingga mencatat penurunan kira-kira 40 peratus selepas cuti Tahun Baru Cina, lapor CNA.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Mi Feng keadaan wabak keseluruhan di negara itu memasuki tahap rendah dan situasi di pelbagai tempat telah menunjukkan trend menurun dengan stabil.

Sementara itu, perjalanan domestik dan antarabangsa semasa tempoh percutian meningkat dengan mendadak apabila berjuta-juta orang menaiki pesawat, kereta api, bas dan lebuh raya selepas Beijing menamatkan dasar sifar Covid-19 yang telah berkuatkuasa hampir tiga tahun lalu.

Memetik CNA, perjalanan penumpang dalam tempoh tersebut telah mencecah 892 juta antara 7 hingga 29 Januari yang telah meningkat 56 peratus daripada tahun 2022 tetapi mencatatkan penurunan 46.9 peratus daripada tempoh yang sama pada 2019.

Malah, kelonggaran sekatan secara tiba-tiba yang dilakukan oleh China telah mendorong kepada gelombang jangkitan yang mendadak tinggi sehingga merentasi 1.4 billion penduduknya.

Covid-19 Di China Catat Penurunan
Kredit: The Straits Time

Sebelum ini, seorang saintis kerajaan negara itu berkata bahawa pada 21 Januari sebanyak 80 peratus orang telah dijangkiti sehingga menyebabkan kemungkinan pemulihan besar kes ini dalam beberapa bulan akan datang adalah sesuatu yang mustahil.

Tidak hanya itu, beberapa pakar telah memberi amaran bahawa cuti Tahun Baru Cina dikenali sebagai ‘penghijrahan’ terbesar wabak wabak tersebut di seluruh dunia dan secara tidak langsung akan mencetuskan gelombang jangkitan di luar kawasan bandar.

Bagaimanapun, pada minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC) berkata tiada pemulihan yang ketara dalam kes ini semasa cuti tersebut, hal ini kerana jumlah kematian dan kes harian menurun serta tiada varian baharu dikenal pasti.

Dalam masa yang sama, CDC juga mengatakan bahawa minggu lalu, kes Covid-19 yang dilapor kritikal di China telah mencatatkan penurunan 72 peratus dari awal bulan ini manakala kes kematian harian pula menurun 79 peratus.

Sementara itu, sesetengah pakar global China berkata data yang melaporkan kematian berkaitan Covid-19 mungkin tidak dikira dengan tepat kerana tidak termasuk pesakit yang meninggal di rumah.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan pihak doktor mengatakan bahawa mereka tidak digalakkan untuk menyebut Covid-19 sebagai punca kematian.

Sumber : CNA

The post Covid-19 Di China Catat Penurunan Selepas Tahun Baru Cina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*