Ditentang Keluarga Kerana Nak Jadi Game Streamer, Nama Baby Najwan Semakin Dikenali

Ditentang Keluarga Kerana Nak Jadi Game Streamer, Nama Baby Najwan Semakin Dikenali

Pada zaman ini, kemajuan teknologi telah menambah beberapa bidang baharu yang menarik untuk dicuba. Antaranya menjadi menjad pencipta konten (content creator) ataupun game streamer, di mana ramai dua kerjaya ini sangat ramai generasi muda ingin ceburi.

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua industri tersebut, terutamanya industri ‘gaming’ semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

Sebenarnya apa tugas seorang game streamer? Biasanya, apabila mereka bermain sesuatu permainan yang menarik, mereka akan membuat ‘live streaming‘ di media sosial untuk ditonton oleh warga maya.

Ketika sedang bermain game sambil ‘live streaming‘, mereka akan berinteraksi dan mengikut kemahuan penonton.

Dalam pada itu, mereka perlu menghasilkan konten yang bagus serta menarik. Tujuannya adalah untuk menambah jumlah penonton dan boleh menjana pendapatan lebih menerusi kandungan terbabit.

Dalam segmen ‘Ini Kisah Aku’ kali ini, Siakap Keli telah menemubual seorang staf di syarikat media dan hiburan multinasional  yang terkenal di Malaysia.

9 tahun dalam industri perfileman, 4 tahun dalam bidang streamer

Muhammad Zafri Bin Zaifuddin atau lebih dikenali sebagai IAMZAFRI adalah seorang game streamer berusia 30 tahun. Kerjaya Zafri bermula dari menjadi pembantu produksi, kemudian pengurus produksi dan akhir sekali menjadi line producer di salah satu syarikat media terkemuka.

Meskipun sekadar pekerjaan sampingan, bapa kepada dua orang anak ini komited dengan kerjanya asalkan ada duit poket lebih untuk orang tersayang.

Menurut Zafri, perkara yang mendorong dia menjadi seorang streamer datang daripada komuniti game sendiri selepas dia tamat menduduki peperiksaan SPM.

Kredit: Siakap Keli

Walaupun sudah menerima segulung ijazah, namun Zafri masih bermain bersama kawan-kawan universitinya apabila mempunyai masa terluang.

Setelah sekian lama menceburi dalam bidang permainan dalam talian, kemudian tercetus satu idea untuk membuat rakaman sendiri semasa bermain. Hal ini kerana untuk melihat semula reaksinya semasa bermain game.

“Bermula semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mengambil serius tentang ini. Dulu nama page sosial media saya, Zafrixgaming

“Hampir 6 bulan saya jaga page Zafrixgaming. Apabila genap saja 6 bulan dan baru nak merasa pendapatan online, tiba-tiba akaun saya kena permanent banned,” ujarnya.

Kejadian itu hampir membuatkan Zafri berputus asa dengan aktiviti berkenaan. Namun hasil sokongan daripada kawan-kawan, dia membuka satu lagi Facebook Page iaitu IAMZAFRI sebagai Gaming Content Creator.

Kredit: Siakap Keli

Terdapat frasa “selepas hujan pasti adanya pelangi”, kini Zafri menjana pendapatan lebih setiap bulan daripada Facebook Page baru miliknya.

Game streamer turut mempunyai cabaran tersendiri

Lanjutan daripada itu, ada sesetengah streamers membuat konten mengikut diri sendiri. Bagi Zafri, dia perlu membuat kandungan mengikut permintaan penonton dan apa yang disukai mereka.

Jadi, setiap hari dia perlu memikirkan pelbagai kandungan yang bagus untuk menarik perhatian peminat.

Menurut Zafri, dia pernah membuat ‘live streaming’ di TikTok, namun hanya mempunyai 5 atau 6 penonton. Walau bagaimanapun, dia tidak memandang serius terhadap angka penonton dan tetap menjalankan tugasnya.

Untuk pengetahuan anda, Zafri membawa karakter ‘Baby Najwan’ di dunia permainan dalam talian, GTA.

Kredit: Siakap Keli

“Sejujurnya, saya tidak boleh membawa karakter budak. Apabila saya tidak boleh membawa karakter tersebut, saya cuba membawa pelbagai karakter dalam permainan

“Namun penonton mahu saya membawa karakter ‘Baby Najwan’ juga,” ujar Zafri.

Karakter tersebut diwujudkan untuk memberi pengajaran kepada orang ramai. Bagi Zafri, dia tidak gemar membuat perkara yang ‘kosong’ dalam bidang gaming.

Mendapat tentangan daripada keluarga terhadap kerja sambilannya

Pada mulanya, ibu bapa Zafri tidak bersetuju dengan tindakannya untuk menjadi seorang game streamer. Kata Zafri, orang tuanya kurang bersetuju apabila dia terlibat dalam industri media. Sebaliknya, mereka meminta dia untuk memberi tumpuan untuk menjadi seorang ahli perniagaan.

Kredit: Siakap Keli

Namun begitu, lama-kelamaan, mereka mula menerima dan memahami apabila melihat kemajuan Zafri dalam bidang terbabit.

Dalam pada itu, isterinya juga hampir tidak bersetuju dengan kerja sambilan yang dilakukan. Namun, hasil daripada kerja sambilan tersebut menyebabkan isterinya memberi sokongan seratus peratus.

Setiap apa yang dilakukan mesti mempunyai pengalaman manis atau pahit

Akaun disekat dan merasakan tidak dapat membuat sesuatu merupakan satu pengalaman yang pahit bagi game streamer.

Seterusnya, tidak mempunyai idea sebelum memulakan live streaming adalah antara situasi yang sering dihadapinya. Bagi Zafri, dia ingin memberi pengajaran dan manfaat kepada penonton.

Jika fikirannya kosong sebelum memulakan live streaming, kualiti kandungan yang dibuat akan menurun. Apabila situasi itu berlaku, dia akan menamatkan sesi berkenaan lebih awal.

Kredit: Siakap Keli

“Di sosial media, terlalu ramai orang toksik. Misalnya, saya sering dipanggil “budak gemuk” oleh penonton sekaligus mereka mengatakan saya tiada rupa.

“Saya mempunyai tiga moderator yang memerhati ketika membuat live streaming. Sekiranya individu tersebut sudah berlebihan, maka dia akan di’mute’kan atau dikeluarkan terus,” jelas Zafri.

Bagaimana game streamer menjana pendapatan

Sebagai seorang game streamer sambilan, dia hanya membuat live streaming sekurang-kurangnya 3 jam selepas tamat bekerja sepenuh masa.

Manakala, waktu cuti pula dia akan meluangkan masa selama 5-6 jam bersama penonton.

“Saya menjana pendapatan melalui dua platform iaitu di TikTok dan Youtube. Di TikTok, gift daripada penonton membantu saya untuk mendapat duit.

“Seterusnya, saya sebenarnya di bawah agensi. Jadi, mereka akan memberi bonus kepada kita jika kita komited dengan live. Melalui Youtube pula, iklan sangat penting untuk seorang streamer kerana ia sumber pendapatan kami,” jelasnya.

Kredit: Siakap Keli

Tambahnya lagi, dia pernah berhenti seketika dalam industri perfileman. Kemudian, dia fokus pada bidang bisnes sambil menjadi game streamer. Ketika itu, jumlah pendapatan tidak lah sebanyak jumlah sekarang.

Anak muda zaman sekarang tidak mahu sambung belajar kerana ingin menjadi influencer ataupun streamer

Bagi pandangan Zafri, hidup ini penuh dengan cabaran, justeru ilmu sangat penting dalam kehidupan.

Hal ini kerana sekiranya tiada ilmu, bagaimana anda ingin menguruskan kewangan dan bagaimana anda hendak melangkah ke depan.

Walaupun menjadi seorang influencer ataupun streamer nampak mudah dan seronok tetapi tidak tahu berapa lama ia boleh bertahan.

“Saya sangat tidak bersetuju apabila mereka berkata tak perlu sambung belajar untuk menjadi seorang influencer ataupun streamer.

“Bahkan untuk menjadi seorang influencer ataupun streamer juga memerlukan akal dan fikiran untuk membuat kandungan,” katanya.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kisah Encik Zafri, boleh tonton video di bawah. Sementara itu, anda juga boleh menonton video di TikTok @IAMZAFRI.

BACA: Pernah Ambil Upah Cuci Kereta Jiran, Pemuda Kini Miliki Kedai “Detailing” Kereta Sendiri

The post Ditentang Keluarga Kerana Nak Jadi Game Streamer, Nama Baby Najwan Semakin Dikenali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*