Cuaca Ekstrem Landa New Zealand, Beribu-ribu Orang Hilang Dalam Seminggu

cuaca ekstrem New Zealand

Cuaca Ekstrem Landa New Zealand, Beribu-ribu Orang Hilang Dalam Seminggu

New Zealand dilapor dilanda keadaan cuaca ekstrem yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan beribu-ribu orang masih hilang dalam tempoh seminggu, lapor The Independent.

Menurut Perdana Menteri, Chris Hipkins pantai utara telah dilanda Taufan Gabrielle pada 12 Februari lalu dan digelar sebagai bencana alam terbesar yang pernah dihadapi pulau itu dalam tempoh seabad.

Hal itu kerana taufan tersebut telah menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik yang dihadapi oleh penduduk pantai timur Pulau Utara.

Ia terutamanya penduduk di Auckland yang dipercayai menerima kesan yang paling teruk.

Bencana Landa New Zealand
Kredit: AFP

Sekitar Ahad, jumlah kematian akibat taufan dikatakan telah meningkat kepada 11 orang, walaupun Hipkins berjanji bahawa mangsa yang hilang kemungkinan akan ditemui dalam keadaan hidup.

Tambah beliau, pihak polis sedang berusaha untuk mengesahkan status lebih 3,000 orang (yang terkesan) walaupun 3,216 dinyatakan dalam keadaan sihat.

The Independent juga melaporkan, cyclone gabrielle yang dipercayai membawa kelajuan angin kencang kira-kira 130 km/j (80 batu sejam) di beberapa tempat telah menyebabkan kemusnahan banyak tanaman dan gangguan bekalan elekterik di kira-kira 28,000 buah rumah.

BACA JUGA: Ini Lima Tempat Pelancongan Menarik Di Auckland Yang Anda Patut Pergi

Malah, hujan juga dikatakan lebih banyak turun di beberapa bahagian negara dalam tempoh beberapa hari di kawasan yang biasanya hanya mengalami musim panas sepanjang tahun.

Misalnya, laporan cuaca di Auckland yang telah mengalami sekitar separuh daripada tahunnya (kitaran hujan di Auckland) selepas mengalami hujan sejak 45 hari melangkah ke tahun baharu.

Cuaca ekstrem: impak taufan

Tidak berakhir di situ, kesan taufan turut dipercayai menyebabkan kawasan di Teluk Hawke dilanda banjir teruk berikutan tebing sungai yang pecah di bahagian itu.

Susulan itu, pihak polis melaporkan dua lagi kematian akibat taufan di Hawkey’s Bay yang menyebabkan jumlah korban meningkat kepada 11 orang.

“Tahap sebenar kemusnahan dan kehilangan menjadi lebih jelas dengan setiap hari yang berlalu,” jelas Hipkins.

Bagaimanapun, sekumpulan pasukan telah menjalanjan pemerhatian ke atas rumah yang rosak di kawasan pantai Muriwai dan Piha iaitu kira-kira 60km barat Auckland.

“Kehidupan telah ‘terbalik’ disebabkan taufan. Polis sedang berusaha untuk menjaga undang-undang dan ketenteraman,”tambahnya.

Sumber: The Independent

The post Cuaca Ekstrem Landa New Zealand, Beribu-ribu Orang Hilang Dalam Seminggu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*