Cuba Tolong Rider, Pemandu Lori Kongsi Detik-detik Awal Di Lokasi, “Masa Tu Ada Barang-barang Meletup”

pemandu lori cuba pemadam api penunggang motosikal

Guna Pemadam Api, Pemandu Lori Cuba Selamatkan Penunggang Motosikal Ketika Nahas Elmina

Seorang pemandu lori berkongsi kisah menjadi antara yang terawal berada di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina semalam.

Kejadian yang meruntun jiwa telah dikongsinya menerusi satu hantaran video di akaun TikToknya, @affyndy pada Khamis, semalam.

Dalam video yang berdurasi 1.20 minit itu, dia memaklumkan ketika itu dia sedang memandu lori dan melalui jalan di lokasi kejadian.

Jelas pemandu lori itu, sebaik sahaja menyedari ada pesawat terhempas, dia terus keluar daripada lori dan terdengar suara jeritan mangsa meminta pertolongan.

Ketika itu, dia melihat seorang penunggang motosikal terlibat dalam nahas berkenaan dan cuba memberikan bantuan, namun tidak sempat.

Cuba untuk menyelamatkan nyawa penunggang motosikal tetapi hasrat tidak kesampaian

“Saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori dan pergi berhampiran lokasi arwah berada dan pada ketika itu dia (penunggang motosikal) masih lagi bergerak.

“Saya nak rapat dengan arwah, namun masih ada barang-barang yang meletup. Kemudian saya terus pergi dekat dengan arwah dan tembak menggunakan pemadam api,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa pemadam api yang digunakan itu tidak dapat memadamkan kebakaran pada tubuh mangsa ketika itu.

Dalam kapsyen yang sama, pemandu lori tersebut meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa penunggang motosikal itu.

“Saya sudah cuba untuk menyelamatkan ‘rider’ motosikal. Maafkan saya,” katanya dengan nada kesal.

@

♬ –

Pada Khamis, pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.

Pesawat tersebut telah mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Namun, pesawat ringan itu didapati terhempas dua minit sebelum melakukan pendaratan.

CAAM dalam satu kenyataan media berkata, pesawat yang terhempas itu merupakan pesawat jenis Beechcraft Premier 1 dengan nombor pendaftaran N287V.

Kontak pertama antara pesawat dengan Menara Kawalan Udara Subang berlaku pada 2.47 petang dan pesawat itu mendapat kebenaran untuk mendarat pada 2.48 petang.

”Pada 2.51 petang, Menara Kawalan Udara Subang mengesan kehadiran asap dari lokasi kejadian namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan dari laluan pendaratan.

BACA: Ini Maksud & Asal-usul “Mayday”, Panggilan Kecemasan Penting Dalam Industri Penerbangan

Sumber: @affyndy via TikTok

 

The post Cuba Tolong Rider, Pemandu Lori Kongsi Detik-detik Awal Di Lokasi, “Masa Tu Ada Barang-barang Meletup” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*