Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal

seludup daging babi sejuk beku

Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) — Cubaan seludup daging babi sejuk beku menggunakan taktik menyembunyikan hasilan haiwan itu dalam 100 kotak gabus digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo pada Selasa lepas.

Pengarah Maqis Selangor Mohd Sobri Md Hashim menerusi satu kenyataan hari ini berkata taktik itu digunakan oleh ejen penghantaran yang mengisytiharkan hasilan haiwan itu sebagai pakaian.

Sebanyak 3,475 kilogram hasilan haiwan yang dianggarkan bernilai RM28,000 dari Vietnam itu ditahan setelah syarikat tempatan yang cuba membawa masuk gagal mengemukakan dokumen permit import yang sah dan sijil kesihatan dari negara asal, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Sampel produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persampelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF), katanya.

“Tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan adalah bagi menghalang risiko penularan wabak penyakit ASF di Malaysia dan ia akan menjejaskan industri penternakan babi negara,” katanya.

BACA: Empat Kes Demam Babi Afrika Di Perak Sejak Disember

Sumber: Bernama

The post Cubaan Seludup Daging Babi Sejuk Beku Di KLIA Gagal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*