Cukai LVG Berkuat Kuasa, Produk Import Dalam Talian Mula Naik Harga

produk import naik harga

Cukai LVG Berkuat Kuasa, Produk Import Dalam Talian Mula Naik Harga

SHAH ALAM — Barangan bernilai rendah (LVG) yang diimport dan dijual dalam talian dipercayai mula memberi kesan terhadap pengguna Malaysia berikutan langkah kerajaan mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus bermula 1 Januari lalu, lapor Sinar Harian.

Hal ini kerana, sebahagian peniaga mula menaikkan harga barangan bagi menampung kenaikan kos yang terpaksa ditanggung.

Menerusi hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, kebanyakan barangan yang dijual di platform jualan dalam talian seperti Shopee dan Lazada sudah mula naik harga.

Antaranya sarung tangan dari China yang dulunya dijual pada harga RM88 kini berharga RM96.80, naik sebanyak RM8.80.

Bukan itu sahaja, alat pemasangan simen batu bata dari Indonesia juga melonjak pada tanda harga RM39.59 berbanding RM35.50 sebelum ini, iaitu naik RM4.09.

Selain itu, beberapa barangan lain juga semakin mahal termasuklah fon kepala (RM49.60 kepada RM54.56), pengecas telefon (RM45 kepada RM49.50) dan sarung  telefon (RM8.30 kepada RM9.13).

BACA JUGA: Berkecai Jadi Serpihan, Ini Keadaan Terkini Pesawat Japan Airlines

Menurut Sinar Harian, susulan cukai jualan yang dikenakan oleh Kerajaan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah (LGV) sejak 1 Januari, pembelian terhadap produk luar negara dalam talian memaparkan trend penurunan.

Seorang pembekal produk kecantikan luar negara memberitahu, penjual tiada jalan lain dengan terpaksa menaikkan harga bagi menampung kos jualan akibat langkah tersebut.

BACA JUGA: Tak Nak Daftar PADU? Jaga-jaga, Dua Risiko Ini Menanti

“Walaupun baru beberapa hari cukai jualan itu dikenakan, saya dapat perhatikan corak pembelian di platform Shopee dan TikTok semakin berkurang. Ini mungkin disebabkan orang ramai sedar bahawa ada kenaikan harga.

“Kami (peniaga) bukan sengaja nak menaikkan harga sesuka hati tetapi disebabkan mahu mengurangkan kos jualan kami terpaksa berbuat sedemikian,” ujarnya sewaktu dihubungi semalam.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah (LVG) yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024.

Bagaimanapun, rokok, produk tembakau, minuman keras, rokok elektronik dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok serta dijual pada harga tidak melebihi RM500 yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara tidak termasuk dalam cukai LVG ini.

Sebelum ini, pelaksanaan cukai berkenaan sepatutnya berkuat kuasa pada 1 April, 2023. Walau bagaimanapun, ia telah ditangguhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Mac tahun lalu.

Dalam pada itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi kenyataan sebelum ini berkata langkah itu dilakukan bagi memastikan daya saing produk tempatan dapat ditingkatkan dan cukai itu tidak memberi kesan kepada produk dalam negara yang dibeli secara dalam talian, lapor Bernama.

BACA JUGA: Cukai Jualan Belian Dalam Talian Hanya Terpakai Pada Produk Import Bawah RM500

Sumber: Sinar Harian

The post Cukai LVG Berkuat Kuasa, Produk Import Dalam Talian Mula Naik Harga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*