Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar

nasi kandar rm69

Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar

Nasi Kandar merupakan salah satu hidangan yang sinonim di Malaysia, khususnya pada waktu makan tengah hari dan malam.

Hidangan berat ini terdiri daripada nasi yang dikukus dan dimakan dengan lauk campur yang biasanya dimasak gulai berempah.

Manakala joki kuah yang berpengalaman pula mampu mencampurkan pelbagai kuah dengan tepat dan menghasilkan nasi kandar kuah banjir yang sangat ‘surr’.

Berdasarkan lipatan sejarah, hidangan ini dipercayai mula muncul di Pulau Pinang dan dipopularkan oleh peniaga India-Muslim.

Nama kandar itu sendiri berasal daripada kaedah mula-mula juadah ini dijual.

Di peringkat awal, bakul yang berisi juadah ini dibawa dengan menggunakan kayu dan dikandar di atas bahu.

Perbuatan tersebut kemudian berubah dan menjadi nama kepada nama juadah berkenaan dan terus diguna pakai sehingga ke hari ini.

Walaupun nasi kandar tidak lagi dijual dengan cara demikian, hidangan itu kekal popular dan deretan nasi kandar boleh ditemui di seluruh Malaysia.

‘Soul food’ ini boleh didapati di setiap penjuru negara kita melalui kedai-kedai India Muslim di seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, bagi penggemar nasi kandar, apabila seseorang itu mengambil lauk berasaskan makanan lautan, biasanya individu berkenaan digelar sebagai ‘pemberani’.

Hal ini kerana, harga makanan laut, khususnya di Semenanjung Malaysia sememang terkenal agak tinggi dan diketahui ramai.

Jadi, memang ramai yang mengelak lauk tersebut dan cukup dengan sekadar memilih ayam goreng atau lauk lain.

Namun, ini tidak menghalang seorang pelanggan yang berani mengambil beberapa lauk sotong dan udang agar dapat merasai tahap ‘surr’ yang premium.

Demi mendapatkan rasa ‘surr’ yang luar biasa, pelanggan dari Johor sanggup labur RM69 untuk sepinggan nasi kandar

Berdasarkan hantaran Facebook Nasi Kandar Sulaiman pada akhir bulan lepas, seorang pelanggan sempat memecahkan rekod di saat akhir tahun 2023.

“RM69. Pecah rekod. Paling tinggi. Tak sangka last minit sebelum habis tahun akan ada orang lain mai buat rekod baru,” kata restoran berkenaan.

Berdasarkan hantaran tersebut, dapat disimpulkan pesanan pelanggan tersebut merupakan hidangan nasi kandar termahal yang pernah dipesan di restoran berkenaan.

Menerusi rungan komen, Nasi Kandar Sulaiman turut memberikan keterangan berkenaan apa yang diambil oleh pelanggan tersebut.

“Sotong besar (RM8.00), tiga sotong (RM7.50×3=RM22.50), empat udang  (RM7.50×4=RM30), kambing (RM7.00) dan nasi (RM1.50).”

Difahamkan, pelanggan yang berjaya memecahkan rekod tersebut merupakan seorang lelaki yang berasal dari Johor.

Beliau ke Pulau Pinang untuk merasai kenikmatan hidangan tersebut daripada tempat asal usulnya.

Nasi Kandar Sulaiman merupakan sebuah restoran nasi kandar yang terletak Jalan Air Itam, Dato Keramat, Pulau Pinang. Kedai ini beroperasi daripada 6.30 pagi sehingga 2.30 petang.

BACA: ‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influencer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

Sumber: Nasi Kandar Sulaiman via Facebook

The post Penuh Udang & Sotong, Pelanggan Pecah Rekod Harga Lauk Nasi Kandar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*