Cuti Sekolah Penggal 3 Bermula 17 & 18 Februari 2023 – Fadhlina

Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek mengumumkan bahawa sesi persekolahan bagi penggal 3 bagi sesi 2021/2022 bakal bermula awal Januari ini, berdasarkan kalendar akademik yang dikeluarkan oleh pihak KPM.

Menurut sebuah hantaran di laman Facebook, Fadhlina Sidek telah membuat kenyataan mengenai tarikh kemasukan semula murid-murid ke sekolah bagi penggal ketiga, 2021/2022.

“Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Jan 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A. Manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2023.” jelas beliau berdasarkan keterangan di Facebook.

Untuk makluman, Kumpulan A merujuk kepada sekolah-sekolah yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu iaitu, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi Kumpulan B pula merujuk kepada negeri-negeri yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad iaitu tiga Wilayah Persekutuan berserta negeri-negeri yang tidak dinyatakan di atas.

Berdasarkan kalendar akademik tersebut, sekolah-sekolah yang tergolong dalam Kumpulan A bakal menghadapi sesi persekolahan untuk penggal ketiga pada 1 Januari 2023 sehingga 16 Februari 2023.

Berbeza pula dengan sekolah-sekolah Kumpulan B, murid-murid akan memulakan sesi pembelajaran pada 3 Januari 2023 sehingga 17 Februari 2023.

Waktu cuti akhir persekolahan bagi penggal 3, 2021/2022

Selain itu, cuti akhir bagi penggal ketiga telah ditetapkan mengikut kategori lokasi sekolah masing-masing. Kumpulan A akan mula bercuti pada 17 Februari 2023 sehingga 18 Mac 2023.

Sekolah-sekolah Kumpulan B pula akan mula bercuti sekitar 18 Februari 2023 sehingga 19 Mac 2023.

Pada akhir hantarannya, Fadhlina Sidek turut berkesempatan untuk mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi para murid dan kakitangan sekolah dalam tempoh berbaki kurang daripada seminggu sahaja.

“Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi!” ucap Fadhlina.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan kalendar akademik bagi sesi 2023/2024 dan menangguhkan tarikh pembukaan sekolah bagi sesi tersebut supaya perjalanan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat dilaksanakan dengan lancar.

BACA: Sesi Persekolahan Bagi Negeri Di Kumpulan A Bakal Bermula 19 Mac 2023, Negeri B 2O Mac 2023 – KPM

Sumber: Fadhlina Sidek via Facebook

 

The post Cuti Sekolah Penggal 3 Bermula 17 & 18 Februari 2023 – Fadhlina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*